KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.


GAMBAR 4 AKTIVIS KRIM JOHOR YANG TERBABIT KEMALANGAN

GAMBAR 6 IKHWAH JOHOR : 2 AHLI PEMBINA DAN 4 AKTIVIS KRIM JOHOR

Jazakallah buat ikhwah dan akhowat yang prihatin dari dekat dan jauh yang call dan mendoakan yang terbaik.
Kemalangan melibatkan 6 ikhwah : 2 akhi Zul dan Akhi Yazid dari Pembina Student Medic.4 ikhwah lain dari Aktivis Krim Johor ( AKJ ) iaitu akhi Hanif,akhi Izwan,akhi Aiman(mereka sedang menunggu result SPM ) dan akhi Soem - artis KRIM Johor(merupakan pelajar kolej Komuniti Segamat ).
Keadaan terkini :
1.Yang masih di hospital ialah akhi Hanif dan akhi Soem yang masih di Hospital Batu Pahat....Hanif di wad 7 ( no katil 20 ) dan akhi Soem di wad 7 ( no katil 9 ).
Malam tadi kedua-dua mereka ditemani oleh ibu mereka.Malam tadi akhi Hanif jam 11 malam ada cal ana melalui ibunya yang ingin bercakap pd ana dan mengadu kesakitan slpas ubat bius tamat.Akhi Hanif menjalani pembedahan petang semalam bagi membuang jari kelengkeng ( jari kaki yang paling kecil ).kecederaan lain akhi hanif ialah 3 jari lain uratnya terputus dan mati ( tidak dapat berfungsi ).Hanya ibu jarinya yang ok.
2.Untuk akhi Soem petang smlm berkesempatan berjumpa dr yang merawatnya..tulung rusuk no 5 n 6 nya patah dan ada kesan lebam pada paru-parunya dan tulang dibelakang telinga kanannya retak yang menyebabkan ada pendarahan di telinganya.Alhamdulillah ana gembira dapat berbual dengannya sebelum balik ptg smlm.Dia tanya sorang2 sahabat yang lain.Baru2 ini dalam TOT 4 -dia bersyukur dapat joint KRIM dan dapat adik2 krn dia tidak ada adik.Dia juga sebut dapat terima ana sebagai ayahnya ( rupa2 nya dia ada ayah tiri )
3.Dr Yazid dan akhi Izwan di rawat di Hospital Muar krn ambulan yang datang dari daerah Muar.hanya akhi yazid ditahan d wad kerana retak di tapak tangan dan siku kanan.Dia juga ada mengalami luka.Untuk akhi Izwan hanya mendapat rawatan pesakit luar dan dia agak trauma.
Perkongsian pengalaman dari kemalangan ini:
1.Ana berada dalam lingkungan 120 KM di belakang kenderaan Unser yang terbabit di KM 115 berhampiran Yong Peng, selepas mendapat call dari Izwan.Kebetulan ( Allah susun ) untuk kali ini ana tak bawa anak2 buah kerana ana membawa keluarga ke Kobanna ini.Ana tak dapat teruskan pemanduan dan zaujah ana terus ambil tugas memandu.Ana terus main peranan menyebarkan makluman melalui HP dan akhi tahir dah terlepas dari lokasi dan terpaksa patah bailk dan memberi pertolongan di lokasi sehingga jam 2 pagi di hospital batu pahat.Ada juga ikhwah johor yang dah terlepas.
2.Ana sempat sampai di lokasi dan yang tinggal adalah akhi aiman yang sedang untuk dinaikkan ke ambulan.Ana terus meluru ke ambulan dan sempat menemani / naik ambulan ke hospital Batu Pahat.Di lokasi ada akhi tahir,akhi ahmadi dan ust zakir serta 4 orang ikhwah JIM yang baru balik dr KL.
Alhamdulillah di Hospital Batu Pahat - ikhwah 2 kita ramai dan sempat berinteraksi dengan keluarga2 yang terbabit dengan kemalangan.
Ana difahamkan sehingga jam 4 pagi hari kejadian ada ikhwah kita di hospital dan 2 kereta lagi dari Jb datang ziarah.
3.Semalam 31 jan 2010 - ramai ikhwah yang menziarahi selain rombongan aktivis krim sekitar 10 orang.Kami sempat membacakan Yasin dan berdoa di kedua2 wad.Ana difahamkan Ustaz Mad dan ikhwah Melaka ada datang ziarah serta Ust fauzi pada sebelah petang.Di hospital Muar pada malam kejadian ada ikhwah Jim Cikgu Abdullah,akhi Anuar dan Dr Halim turut membantu.Akhi Anuar membawa ikhwah2 kita tidur di rumahnya.Akhi Cikgu Zul berada di Hospital Batu pahat sehingga jam 4 pagi.
4.Ana setuju cadangan akhi Khalil penggerak KRIM Kedah untuk semua KRIM 2 cawangan lancarkan dana sumbangan untuk sama-sama merasai keperitan sebagai tanda prihatin kita.Doakan yang terbaik untuk KRIM johor, dapat teruskan perancangan dan melaksanakna plan tindakan kami.

24 JANUARI 2010 : TOT 4 PENNGERAK KRIM JOHOR DI PEJABAT KRIM

oleh KELAB REMAJA ISMA Monday, January 25, 2010 0 komen

Tarikh:30hb Januari 2010
Masa:8.00 pagi - 5.00 ptg
TEMPAT : DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA






Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010
TEMPAT : DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid
Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian
Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia


Bayaran:

Perseorangan - RM50
Wakil Organisasi - RM100
Suami & Isteri - RM70
Pelajar - RM20

13 JANUARI 2010 : CERAMAH DI PROGRAM ORIENTASI ASRAMA SMK BENUT

oleh KELAB REMAJA ISMA Tuesday, January 19, 2010 0 komen

TAUTAN UKHUWWAH : JAMBORI REMAJA MUSLIM JOHOR PENUTUP AKTIVITI 2009

oleh KELAB REMAJA ISMA Tuesday, January 12, 2010 0 komen

DARI HELAIAN RISALAH IKHWAN : DARI BINGKISAN BLOG OLYN

oleh KELAB REMAJA ISMA Friday, January 1, 2010 0 komen

Siapakah aku?

Aku adalah seorang insan yang mencari kebenaran… Lantas aku temuinya dalam Islam.

Aku adalah insan yang mencari jalan kehidupan .. Lantas aku temuinya dalam dakwah al-Ikhwan..

Ya setiap kali datang hari-hari baru .. akan ada saksi yang melihat amal-amal kita.. Hari baru ini juga merupakan peluang untuk kesekian kalinya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita berusahan menyelamatkan diri kita daripada neraka, dengan mengikuti ajaran Islam yang Agung.. Islam adalah Rahmat Allah yang menjadi petunjuk dan manhaj hidup yang lurus.

Langkah pertama di jalan ini ialah berusaha memperbetulkan diri kita.

Wahai saudaraku ahli al-Ikhwan !!

Medan amal kamu yang pertama adalah diri kamu. Sekiranya kamu berjaya memdidik diri kamu maka kamu akan lebih mampu mendidik orang lain. Sekiranya kamu gagal mendidik jiwa kamu maka lebih payahlah untuk kamu mendidik orang lain.

Cubalah berjuang mendidik jiwa kamu terlebih dahulu. Ingatlah dunia hari ini amat-amat menunggu-nunggu lahirnya satu generasi pemuda-pemudi yang cemerlang, memiliki jiwa yang suci bersih (daripada kotoran jahiliah) dan memiliki akhlak mulia yang utuh. Kamulah pemuda-pemudi itu . Pastikan mereka itu adalah kamu dan janganlah kamu berputus asa untuk terus berusaha.

Letakkan dihadapan mata kamu sabda rasulullah s.a.w.

( Pastikan diri kamu untuk melakukan enam perkara dan aku menjamin syurga untuk kamu: Apabila berkata-kata bercakaplah yang benar, tepatilah janji-janji kamu apabila berjanji, tunaikanlah segala amanah yang kamu terima, peliharalah kemaluan kamu daripada zina, tundukkanlah mata kamu daripada maksiat dan tahanlah tangan kamu daripada dosa..)

Kemudian lihatlah diri kamu apakah kamu melakukannya..

Wahai al-Ikhwan.

Dakwah kamu ini tertegak di atas tiga asas: Menegnal Allah, memperbaiki diri dan mengasihi semua makhluk.

Mengenal Allah dengan berzikir mengingati Allah dan bermuraqobah. Memperbaiki diri dengan melakukan ketaatan dan bermujahadah dan mengasihi manusia dengan memberi nasihat dan bersikap itsar.

Perkara pertama yang saya minta kamu lakukan dan yang saya akan muhasabah kamu atas asas fikrah Ikhwan ialah:

1. Kamu hendaklah memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran dan menghafal sekurang-kurangnya satu ayat sehari.

2. Kamu hendaklah duduk melakukan muhasabah diri setiap hari sebelum tidur. Bentangkan semua aktiviti harian kamu pada diri sendiri sekiranya kamu melakukan kebaikan bersyukurlah kepada Allah dan sekiranya tidak hendaklah kamu berazam menyempurnakan apa yang tertinggal.
3. Kamu hendaklah memelihara solat 5 waktu dalam waktunya. Kamu hendaklah menunaikannya dengan sebaik-baiknya. Kamu hendaklah memahami hukum-hakamnya. Lakukanlah rukuk, sujud dan khusyuk dengan sempurna. Bacalah al-Quran di dalam solat dengan bertajwid dan bertadabbur . Janganlah kamu mengabaikan amalan sunat dan solat rawatib. Kamu hendaklah berusaha menunaikan solat berjamaah di masjid dan memastikan sentiasa menunaikan solat Subuh dalam waktunya…





Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah,
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya,
Namun, hakikat perjuangan bukan begitu,.
Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga..
Andai rebah, bangkitlah semula..
Andai terluka, ingatlah janjiNya..
Perjuangan itu pahit kerana SYURGA Allah itu terlalu manis..




Jalan lurus yang tiada bengkok padanya...

Ubat selalunya pahit,. Melainkan vitamin C untuk kanak-kanak,. Rasa manis tapi di akhir hisapan pun akan ada rasa pahitnya. Rawatan juga selalunya perit. Namun, untuk mendapatkan badan yang sihat, terpaksalah juga makan ubat dan melalui rawatan yang ditetapkan. Itulah jalan yang perlu dilalui untuk mengubati hati. Hati yang sakit perlu di ubati. Ianya perlukan ubat yang sangat mujarab supaya virus yang menjangkit tidak timbul semula atau kalau timbul pun mudah untuk disingkirkan. Disamping ubat, perlukan juga rawatan yang konsisten supaya tidak futur di pertengahan jalan. Persoalannya, bagaimana mengubati hati yang sakit? Ada terjual ka ubat2 itu di farmasi?

Ubat untuk mengubati hati.

Hati yang tidak disirami dengan air ilmu selama 40 hati akan menjadi keras. Sekali membuat maksiat, satu titik hitam akan tumbuh, 2 kali 2 titik hitam, 3 kali 3 titik., 4 5 6 7 kali buat maksiat maka hitam legamlah hati yang datangnya dengan suci bersih. Kalaulah hati itu boleh berkata-kata, mungkin dia akan minta tuannya membuatkan cermin mata untuk dia berjalan sebab matanya telah buta dek perihal si tuan yang tidak pandai menjaga dan merawatnya.

Hati itu adalah anugerah Allah yang sangat berharga. Ia adalah milik Allah yang perlu di jaga. Ia datang dari Allah dan dengan Allah sahajalah ada ubat untuk merawatnya. Allah berfirman:

“Hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenang”

Salah satu cara mengubati hati ialah dengan membaca Al-Quran kerana Al-Quran itu adalah petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.

“Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa” (2:2)

Petunjuk=hidayah. Hidayah Allah kadang-kadang bersifat tanpa di duga. Kita perlukan hidayah seperti sibuta memerlukan tongkat. Tanpa hidayah kita tidak dapat melihat walaupun mata zahir tidak buta. Membaca, memahami, dan seterusnya mengamalkan apa yang di ajarkan di dalam al-Quran mampu melembutkan hati kita. Apa yang tidak ada dalam Al-Quran?

Apabila sedih, Allah pujuk kita,.

“dan janganlah kamu merasa lemah dan bersedih hati, sebab kamu paling tinggi derajatnya jika kamu orang yang beriman” (3:139)

Apabila berputus asa, Allah menyeru,.

“wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya” (39:53)

Apabila berdukacita dan gembira, Allah mengingatkan,.

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan Telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” (57:22-23)

Apabila hilang semangat, Allah menyedarkan,.

“dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia” (10:107)

Semuanya ada di dalam Al-Quran. Cara-cara buat tesis ada, cara-cara mengoreng pisang pun ada. Segalanya ada. Apa yang tiada ialah usaha kita untuk mendalami Al-Quran. Al-Quran yang ada hanyalah sekadar penghias almari. Al-Quran yang ada hanyalah untuk menghalau hantu dan syaitan. Benarkah??? jawablah sendiri..

Selain itu, terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Ilmu adalah imam dan amal adalah makmumnya. Paksalah diri menghadiri majlis ilmu. Kadang-kadang keikhlasan itu akan lahir dari keterpaksaan. Majlis ilmu umpama taman syurga di dunia ini. Mendorong diri untuk ke majlis ilmu adalah susah diawalnya dan diakhirnya menjanjikan kemanisan yang hanya mampu di rasai oleh mereka yang beriman.

Namun, Usaha penyembuhan “sakit hati” perlu ada yang mendorongnya. Sebaiknya, carilah kawan yang boleh mengingtkan di kala lupa,sahabat yang mempunyai satu fikiran, satu tujuan dan satu rasa iaitu ingin sama-sama mencari cinta Allah.

Jalan mengubati hati tidak semudah teori. Ianya memerlukan mujahadah yang terlalu tinggi. Perjuangan itu pahit kerana Syurga itu terlalu manis. Waallahu’alam.

Doa kita:

"Ya Allah, rezekikanlah kami sekeping hati yang mudah tersentuh dan menangis apabila mengingati dan menyebut namaMu.."Amin...

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor