KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

KENALI KELAB REMAJA ISMA :

oleh KELAB REMAJA ISMA Monday, September 15, 2008 0 komen

KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM)


A. PENGENALAN

1. Latar Belakang

Remaja adalah aset penting negara kerana merekalah yang akan mencorakkan jatuh bangunnya tamadun bangsa ini di masa hadapan. Mereka adalah ibarat biji benih yang ditanam, perlu dibela, dibaja dan dilindungi dari sebarang kerosakan agar pepohon yang bakal hidup melahirkan buah-buahan yang masak ranum dan hasil yang lumayan.

KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM) tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

2. Rasional

KRIM membuka ruang seluas-luasnya kepada remaja untuk melibatkan diri dalam sebuah kelab yang mampu memandu, menggilap dan mengembangkan segala aspek potensi dan bakat yang ada di dalam diri mereka.

Penglibatan sepenuhnya dalam KRIM mampu menghindarkan para remaja daripada sikap membuang masa dan seterusnya terjebak dengan segala permasalahan sosial.

Ini memenuhi aspirasi ibu bapa dan masyarakat yang mahu melihat pembentukan sebuah generasi remaja yang cemerlang, berpegang teguh kepada nilai-nilai agama, hidup berteraskan ilmu dan mampu berdikari.

3. Visi

Menjadikan Kelab Remaja ISMA (KRIM) sebagai pusat pembangunan potensi remaja yang dikenali dan diyakini masyarakat.

4. Misi

Melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai-nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul.

5. Objektif

5.1 Memberikan kefahaman islam yang syumul dan rasa tanggungjawab tinggi kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negara.

5.2 Menerapkan nilai-nilai motivasi dalam diri, sikap cintakan ilmu dan penguasaan kemahiran hidup.

5.3 Membina iltizam untuk beramal dengan tuntutan agama, berakhlak mulia dan berbakti kepada bangsa.

5.4 Membangun jatidiri dengan keperibadian yang tinggi, memiliki ciri-ciri kepimpinan dan berwawasan.

5.5 Memupuk nilai persaudaraan islam dan kerjasama di kalangan remaja.

5.6 Melahirkan remaja yang sihat tubuh badan, cerdas minda dan tahan lasak.

6. Program dan Aktiviti

Program KRIM terbahagi kepada 4 bahagian utama:

Program Pembangunan Sahsiah

Program Latihan Kemahiran

Program Peningkatan Akademik

Program Pembangunan Sukan

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor