KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

DIA lebih merindui kita daripada kita merinduiNYA

oleh KELAB REMAJA ISMA Thursday, April 28, 2011 0 komen



Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:

Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Allah Taala berfirman:

Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.

(Shahih Muslim)


Seminar Kerjaya 2011

oleh KELAB REMAJA ISMA Tuesday, April 19, 2011 1 komen





Menyedari bahawa remaja hari ini adalah bakal pemimpin negara pada masa akan datang, menjadi matlamat utama KRIM untuk membangunkan potensi yang ada pada mereka dengan aspirasi pembangunan insan seperti yang telah digariskan oleh Islam.

KRIM juga meyakini bahawa hanya dengan pendidikan dan pembentukan seimbang dari sudut jasad, akal dan ruh sahaja yang mampu membawa para remaja ke landasan yang betul. Perancangan masa depan seawal usia remaja adalah amat penting dalam menerapkan hala tuju yang kita harap‐harapkan ini.

Dengan kefahaman dan aspirasi inilah KRIM dan PEMBINA Johor, tampil menganjurkan program SEMINAR KERJAYA 2011 untuk memberi peluang kepada para remaja untuk memahami dan meneliti bidang‐bidang kerjaya dan memupuk para remaja bercita‐cita tinggi berpandukan sebuah matlamat hidup yang jelas. Di samping itu program ini diharap dapat membuka ruang pengenalan dan merapatkan ukhuwah Islamiah di kalangan peserta.

Objektif Program :

1. Memperkenalkan beberapa bidang kerjaya, prospektif dan sumbangan kepada masyarakat
2. Membentuk minat dan cita-cita remaja untuk berusaha ke arah sesuatu yang menyumbang kepada masyarakat
3. Berkongsi pengalaman antara peserta dan fasilitator untuk memberikan gambaran hala tuju kerjaya
4. Memperkenalkan KRIM dan PEMBINA

Tentatif Program :

0830 – 0900 Ketibaan guru-guru dan para pelajar

0845 – 0900 Ketibaan Tetamu Khas

0900 – 0930 Majlis perasmian

- Bacaan doa

- Kata-kata aluan pengarah program

- Ucapan & Perasmian oleh VIP

0930 – 1030 Slot 1 : Matlamat Hidup, Kerjaya dan Anda

1030 – 1100 Minum pagi

1100 – 1200 Slot 2 : Forum ”Dari Bangku Sekolah ke Alam Kerjaya”

1245 – 1400 Makan Tengahari

- Solat Zohor

1400 – 1600 Pameran Kerjaya

1600 – 1645 Sesi Penutup dan penyampaian sijil

- Sesi Fotografi

- Bersurai


Program Seminar Kerjaya 2011 akan membawakan beberapa pengisian seperti perkongsian tentang matlamat hidup, forum berkenaan transisi dari bangku sekolah ke alam kerjaya serta pameran yang memaparkan beberapa bidang kerjaya seperti:

  • Senibina (Arkitek, tenaga pengajar, Pemeliharaan Senibina warisan dll)
  • Perubatan (Doktor, Optometris, Ahli Nutrisi dll)
  • Perguruan
  • Sains + Teknologi (IT, kimia, fizik, matematik dll)
  • Kejuruteraan ( elektrik, kimia, mekanikal dll)
  • Ekonomi+ Perakaunan (perniagaan dll)
Semua perkara tertakluk kepada sebarang perubahan*.

Seminar ini terbuka untuk pelajar tingkatan 3 ke atas serta lepasan SPM/STPM.

Kami boleh dihubungi melalui:

Siti Khatijah Salleh 013-7976181
Khairiah Bt Othman 013-7065567
Muhammad Rusydi bin Muhammad Razif 013-7319762
Mohd Faiz Lee 0137466021


TEMPAT TERHAD kepada 100 peserta sahaja !!!!!




Seminar Kerjaya Perubatan I-Medic @ Sek Tun Fatimah Johor

oleh KELAB REMAJA ISMA Thursday, April 14, 2011 0 komen



JOHOR BAHRU, 9 April – Bertempat di Dewan Sekolah Tun Fatimah (STF), Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia (I-Medik) cawangan Johor telah berjaya mengadakan Seminar Kerjaya untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dari sekolah berkenaan.

Seminar Kerjaya yang memfokuskan kepada kerjaya sains perubatan dan kesihatan bersekutu ini telah berjaya menarik minat lebih 150 pelajar, yang rata-ratanya bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan, doktor gigi dan ahli farmasi. Seminar telah bermula dengan sesi pengenalan tentang organisasi Imedik kepada para pelajar oleh pengerusi I-Medik Cawangan Johor, Dr. Azmir Shaari dan diteruskan dengan pembentangan ‘Laluan kerjaya perubatan selepas SPM’ oleh Dr. Izzaturrahmi.

Selepas berhenti rehat seketika untuk minum pagi, seminar diteruskan dengan sesi forum dan perkongsian pengalaman. Sesi yang berlansung secara santai dan mesra ini telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar .Pelbagai soalan menarik telah dibincangkan dengan baik oleh para panelis yang terdiri daripada Dr. Nadia, Dr. Anayasmin dan Cik Raihan. Sesi forum ini telah dipengerusikan oleh Cik Siti Khatijah. Seminar diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata daripada pihak I-Medik dan juga STF.

Berdasarkan maklum balas daripada pihak STF dan para pelajar, pihak penganjur merasakan bahawa seminar ini telah berjaya mecapai objektif utamanya untuk memberi pendedahan awal tentang dunia perubatan. Menurut kaunselor STF, Puan Muzdalifah, beliau menyambut baik seminar ini dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan.



TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor