KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

Syabas JIRIM 2 !

oleh KELAB REMAJA ISMA Wednesday, December 29, 2010 0 komen

JIRIM BEST !!!



"Impact 2 Perfect!"
itulah Tema yang dipilih untuk JIRIM (II).seramai hampir 650+ remaja muslim lelaki + perempuan telah mmembanjiri Kem "Nur Laman Bestari",Ulu Yam,Selangor Darul Ehsan.Kebanyakan mereka ini datang dari seluruh negeri-negeri di malaysia.Johor,Melaka,Perlis,terengganu dan sebagainya.



3 hari 2 malam mereka semua menjalani pelbagai aktiviti yang penuh dengan cabaran & dugaan...GEMPUR JIRIM merupakan aktiviti malam pertama...

atau nama lainya= WAR GAME !!


Aktiviti ini berakhir pada jam 1.30 pagi...Semua peserta kelihatan keletihan...YE KE?

HARI KE-2




RAFTING

KEMBARA AL-QURAN

*lakonan semata-mata

+ Malam Kesenian & Kebudayaan +

majlis penutup telah disempurnakan oleh Dr.Khir B. Mohammad Yusof
Timb. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

MONTAJ PENUTUP:









*BEHIND DA SCENE*


























SEE U DI JIRIM (III) !



24-26 DISEMBER 2010 : JAMBORI REMAJA MUSLIM NASIONAL DI ULU YAM SELANGOR

oleh KELAB REMAJA ISMA Saturday, December 18, 2010 0 komen

TENTATIF JAMBORI REMAJA MUSLIM NASIONAL ( JIRIM 2 )
24 DISEMBER 2010 (JUMAAT)

3.00 – 3.40 petang : Pendaftaran peserta
4.40 – 5.50 petang : Solat Asar
5.00 – 7.00 petang : Taklimat program/Penempatan/Pembahagian kumpulan.
7.00 – 9.30 malam : Makan Malam, Hemat diri dan Solat
9.30 – 11.00 malam : Taaruf
11.00 – 2.00 pagi : Gempur JIRIM


25 DISEMBER 2010 ( SABTU )

5.00 – 7.00 pagi : Qiamullail, Solat Subuh, Ma’thurat, tazkirah
7.00 – 8.00 pagi : Cergas JIRIM
8.00 – 9.00 pagi : Sarapan
9.30 – 6.00 petang : Kembara Quran
6.00 – 9.00 malam : Makan malam, solat maghrib dan Isyak
9.00 –11.00 malam : Malam Mencari Sinar
11.00 -12.00 malam : Menuai Permata


26 DISEMBER 2010 ( Ahad )

5.00 – 7.00 pagi : Qiamullail, Solat Subuh dan Kuliah Subuh
7.00 – 8.00 pagi : Cergas JIRIM
8.00 – 8.30 pagi : Sarapan
8.30 – 10.00 pagi : Min Aina Ila Aina
10.00-11.00 pagi : Evaluasi penutup
11.00-12.30 tghr : Majlis Penutup
12.30 tengh hari : Bersurai

PASTIKAN ADIK-ADIK MEMBAWA BARANG YANG CUKUP UNTUK AKTIVITI SEPANJANG 3 HARI 2 MALAM

Pakaian untuk 3 hari 2 malam termasuk pakaian rasmi (pakaian rasmi ialah t-shirt JIRIM. t-shirt akan diberi semasa hari pendaftaran) dan pakaian sukan.

pakaian seperti t-shirt untuk aktiviti luar, sweater untuk waktu malam, dan yang sesuai

naskhah terjemahan al-Quran.

alat-tulis dan buku catatan.

kasut dan selipar (kasut sukan, dan yang mana sesuai).

barangan keperluan peribadi (ubat-ubatan, dll).

keperluan lain

LIPUTAN AKHBAR SINAR HARIAN JAMBORI REMAJA MUSLIM JOHOR

oleh KELAB REMAJA ISMA Sunday, December 5, 2010 0 komen



SENGGARANG – Kebelakangan ini, acap kali masyarakat digembar-gemburkan oleh media massa sama ada elektronik mahupun cetak mengenai isu negatif seperti jenayah seks bebas, rogol dadah, rompakan dan sebagainya yang melibatkan golongan remaja.

Oleh itu, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia Johor (KRIMJ) dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Batu Pahat telah mengambil inisiatif mengadakan satu Program Jambori Kelab Remaja Isma (KRIM) Siri ke-2 sebagai usaha membendung gejala sosial ini dari terus berlaku.

Penyelaras Program yang juga Pengerusi KRIMJ, Ismail Ali ketika ditemui berkata, sebahagian besar kes yang sering dilaporkan oleh media melibatkan remaja yang tidak mempunyai jati diri, rendah moral, tiada haluan yang jelas akibat dilanda arus cabaran.

Menurutnya, sedangkan pada hari ini remaja merupakan generasi yang diharapkan untuk memikul tanggungjawab besar meneruskan agenda pembangunan bangsa tetapi dicemari dengan pelbagai gejala sosial yang boleh merosakkan akidah mereka pada masa hadapan.

“Justeru itu, menjadi kewajipan semua pihak sama ada agensi kerajaan mahupun swasta untuk menanam dalam diri remaja dengan sifat motivasi yang tinggi, iltizam dan jati diri yang merupakan asas kepada akidah yang mantap dan berakhlak mulia.

“Sepanjang tiga hari program yang dijalankan ini, pelbagai pengisian program telah dijalankan untuk memberi pendedahan dan pemahaman bagi mencapai objektif bagi mengelak remaja dari terus terlibat dalam permasalahan yang disebutkan,” katanya.

Ismail berkata, program yang dijalankan ini juga ingin mencapai objektifnya tersendiri yang mana golongan remaja yang terlibat ini telah diberi didikan serta membimbing mereka untuk menerapkan nilai ajaran agama Islam dalam kehidupan sehari-hari.

Menurutnya, seperti diketahui agama Islam, kitab al-Quran menjadi panduan yang boleh membimbing serta menjaga kehormatan individu yang menyelami baris-baris ayatnya, oleh itu, KRIMJ mengambil inisiatif untuk memberi bimbingan kepada mereka ini.

“Ini kerana KRIMJ melihat remaja pada hari ini merupakan generasi diharapkan untuk memikul tanggungjawab besar dan hanya mampu dicapai dengan adanya pendukung yang mempunyai keimanan jitu, bercita-cita tinggi dan jelas matlamat hidupnya.

“Selain itu juga, pihak kita juga ingin menanamkan dalam diri setiap peserta yang terlibat agar dapat memantapkan jati diri remaja supaya berakhlak mulia, berdikari, berdisiplin dan mampu mewujudkan kerjasama yang baik dalam kalangan peserta,” katanya.

Ismail berkata, penganjuran program Jambori Remaja Muslim Negeri Johor Siri ke-2 yang bertempat di Kem Jubli Intan, Kem Pengakap, Tanjung Laboh pada kali ini telah menerima penyertaan kira-kira 120 peserta iaitu sebanyak 65 lelaki dan 55 perempuan.

Malah, seramai 60 urusetia yang merangkumi AJK pelaksana program dan fasilitator juga turut hadir untuk menjayakan program ini yang mana sebelum ini program seperti ini telah diadakan di Johor Bahru pada tahun lepas.

“Kesemua peserta jambori pada kali ini datangnya dari beberapa daerah di negeri Johor seperti Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru yang mana melibatkan remaja yang berada di sekolah menengah sempena cuti sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ismail juga mengatakan bahawa KRIM merupakan Kelab Remaja yang bernaung di bawah Isma yang mana memberi ruang seluas-luasnya kepada remaja untuk melibatkan diri dalam menonjolkan bakat dan potensi.

Menurutnya, pihaknya berharap penglibatan remaja dalam KRIM mampu menghindarkan golongan ini daripada sikap membuang masa dan seterusnya terjebak dengan segala permasalahan sosial yang sering kali dilaporkan kini.

Turut hadir dalam program ini adalah Pengarah KRIMJ Pusat, Asmadi Abdul Samad; Yang Dipertua Isma Cawangan Johor, Tahir Hamdan dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Unit Pengurusan Masjid) Batu Pahat, Kasbullah Kusni (Perasmi).

MODERATOR PROGRAM :
CIKGU ISMAIL BIN ALI
DAN TEAM KRIM JOHOR
REMAJA DAN TAMADUN BANGSA
Remaja hari ini merupakan generasi yang diharapkan untuk memikul tanggungjawab besar meneruskan agenda membangun tamadun bangsa. Kebangkitan tamadun umat yang dicita-citakan ini hanya mampu dicapai dengan adanya para pendokong yang mempunyai keimanan yang jitu, bercita-cita tinggi dan jelas matlamat hidupnya.
Justeru itu, adalah menjadi kewajipan semua pihak untuk menanam ke dalam diri generasi remaja ini dengan sifat motivasi, iltizam dan jati diri.Asas kepada benih pembinaan ini ialah akidah yang mantap dan akhlak yang mulia.Sumber rujukannya ialah Al-Quran dan Sunnah.


26 NOVEMBER 2010 ( JUMAAT )
3.00 – 3.40 petang : Pendaftaran
4.40-5.00 petang : Solat Asar
5.00 – 700 petang: Taklimat program/ Penempatan / Pembahagian kumpulan.
7.00 – 9.30 malam : Makan Malam, Hemat diri dan Solat
9.30 – 11.00 malam : Taaruf
11.00 – 2.00 pagi : Aktiviti 1


27 NOVEMBER 2010 ( SABTU )
5.00 – 7.00 pagi : Qiamullail, Solat
Subuh, Ma’thurat, tazkirah
7.00-8.00 pagi : Senaman
8.00 – 9.00 pagi : Sarapan
9.30 – 11.00 pagi : Input 1
11.00 – 12.00 tgh : LDK 1
12.00 – 2.00 petang : Makan / Solat / Tazkirah Zohor
2.00 – 3.30 petang : Input 2
3.30 – 4.30 petang : LDK 2
4.30 – 5.30 petang : Asar / Tazkirah
5.30 – 6.30 petang : Bahtera Kasih
6.30-9.00 malam : Makan malam, solat maghrib, Tazkirah dan Isyak
9.00 –11.00 malam : Input 3 dan Soal Jawab
11.00 -12.00 malam : Persembahan Kumpulan

28 NOVEMBER 2010 ( AHAD )
5.00 – 7.00 pagi : Qiamullail, Solat Subuh dan Kuliah Subuh
7.00 – 8.00 pagi : Senaman
8.00 – 8.30 pagi : Sarapan
8.30 – 12.30 pagi : Aktiviti – Explorace
12.30 – 2 petang : Makan / Solat
2.00-3.30 petang : Majlis Penutup
/ Bersurai


TEMA PROGRAM :
“ MEMBINA GENERASI HARAPAN ”
DIAKHIR PROGRAM,DIHARAPKAN PARA PESERTA DAPAT :
1.JATI DIRI-Memperkukuhkan jati diri remaja muslim.
2.MOTIVASI DIRI untuk menyahut cabaran membina generasi harapan.
3.ILTIZAM – Berpegang teguh dengan prinsip dan nilai agama.
4.SUKSESS – Menekankan konsep kejayaan yang sebenar.
4.Memupuk UKHUWWAH sesama peserta.
Keterangan lanjut hubungi kami
KRIM :
●Cikgu Ismail bin Ali – Daerah Pontian
( SMK Benut - 019-7533161 )
●Daerah Batu pahat –Aiman- 017-8403986
●Daerah JB – U Zakir - 013-7004593
● Daerah Kluang –U Safizan - 019-4717648


TARIKH : 26,27 & 28
NOVEMBER 2010
TEMPAT :
(( KEM PENGAKAP ))
TANJUNG LABOH
SENGGARANG BP



PENYERTAAN :
Terbuka kepada para remaja
SK ( Tahun 6)
SM ( Ting. 1,2,3 dan 4 )
( TEMPAT TERHAD )
Yuran 50.00 sahaja
( TSHIRT / SIJIL /
AL-MATHURAT DISEDIAKAN )
ANJURAN :
KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM)
KERJASAMA :
PEJABAT AGAMA DAERAH BATU PAHAT

30 - 31 OKTOBER 2010 : KEM GENERASI HARAPAN

oleh KELAB REMAJA ISMA Thursday, October 28, 2010 0 komen

KEM REMAJA
GENERASI HARAPAN

TARIKH :
30 & 31 OKTOBER 2010


TEMPAT :
DEWAN SEMINAR, MASJID JAMIK TEMENGGUNG DAING ABDUL RAHMAN, BENUT

ANJURAN :
UNIT DAKWAH,PEJABAT AGAMA DAERAH PONTIAN

DENGAN KERJASAMA :
KELAB RAKAN MUDA DAN REKREASI MASJID JAMIK TEMENGGUNG DAING ABDUL RAHMAN, BENUT

DIKENDALIKAN :
ISMA TRAINING AND SERVICES
( KONSULTAN WADAH KRIMJ )

27 OKTOBER 2010 : AKTIVIS KRIM JOHOR KAWASAN RENGIT

oleh KELAB REMAJA ISMA Wednesday, October 27, 2010 0 komen

Layari Blog Jambori Peringkat Kebangsaan

oleh KELAB REMAJA ISMA Thursday, October 21, 2010 0 komen

http://www.jirim2.blogspot.com/

UKHUWWAH - IKATAN HATI DAN JIWA - DARI WEB ISMA

oleh KELAB REMAJA ISMA Wednesday, October 6, 2010 0 komen

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menyifatkan, “Ukhuwwah ialah ikatan hati dan jiwa yang diasaskan oleh aqidah. Di mana aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ia juga merupakan natijah keimanan, manakala perpecahan adalah sebahagian dari kekufuran.”

Oleh yang demikian, setiap kita sebagai daie perlulah memahami bahawa perpaduan dan kesatuan merupakan suatu kekuatan. Kesatuan tidak akan lahir tanpa kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah seseorang itu merasa senang dan tenteram terhadap saudaranya. Manakala darjat yang paling tinggi ialah seseorang itu mampu mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri.

Sifat ini juga disebut “ithar”. Mengikut kata Abdullah Nasih Ulwan, ukhuwwah Islamiyyah (persaudaraan Islam) merupakan anugerah suci dari Allah SWT dan merupakan sebagai suluhan Rabbaniah dan nikmat Ilahiyyah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu belanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Anfal: 62-63).

Dalam ayat yang lain Allah SWT menjelaskan bahawa tiada persahabatan tanpa taqwa. Maksudnya:

“Teman-teman rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Zukhruf: 67)

Bagi mereka yang menghayati konsep ukhuwwah Islamiyyah di dalam kehidupan, mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Tiga macam orang yang mendapat kemanisan iman; iaitu orang yang mengasihi Allah dan Rasul-Nya melebihi rasa kasihnya kepada yang lain, yang mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah dan yang membenci kepada kekufuran setelah ia diselamatkan dari kekufuran sama seperti dia benci untuk melompat ke dalam api.”

Oleh itu, bagi setiap pendakwah perlulah memastikan hubungan mereka di antara sahabat-sahabat sefikrah dan sewadah mestilah kerana Allah dan bukanlah kerana kepentingan yang lain dari-Nya. Apabila keadaan ini berlaku, maka akan lahirlah keberkatan dalam bersaudara seterusnya membuahkan kemanisan berukhuwwah. Justeru, ia melahirkan kemanisan bekerja di kalangan ahli jamaah lantaran kasih sayang, tanggungjawab, keprihatinan dan bantu membantu di kalangan mereka.

Sebenarnya, situasi ini merupakan elemen penting yang menjamin kelancaran dan kejayaan kerja-kerja dakwah. Disertakan dengan keimanan dan taqwa; Ukhuwwah Islamiyyah menuntut kepada keimanan dan ketaqwaan di antara mereka yang bersaudara. Lazimnya, jalinan ukhuwwah sebenar adalah sukar untuk dibina di kalangan individu-individu yang lemah keimanannya dan nipis ketaqwaan.

Bagi mereka yang berukhuwwah pada jalan Allah hendaklah saling nasihat menasihati saudaranya kerana Allah. Saling tegur menegur dan bersikap tegas dan ikhlas dalam memperbaiki kelemahan atau kecacatan saudaranya kerana Allah. Ukhuwwah Islamiyyah yang sebenar hanya akan lahir dan subur melalui keyakinan dan amalan. Hal ini bersesuaian dengan sifat Islam yang bersifat teori dan juga mengutamakan praktikal.

Di antara tatacara yang boleh membantu dalam memperkukuhkan ukhuwwah di kalangan kita ialah:

1) Apabila saudara mengasihi seseorang kerana Allah, maka ia hendaklah memberitahunya bahawa ia mencintainya.

2) Hendaklah melazimkan berjabat tangan apabila bertemu dengan seseorang.

3) Hidupkan program ziarah-menziarahi dari semasa ke semasa.

4) Hendaklah megucapkan tahniah kepada saudaranya pada tempat yang munasabah.

5 ) Lazimkan memberi hadiah dalam keadaannya yang sesuai.

6) Berikanlah keutamaan dalam menunaikan hajatnya.

7) Hendaklah memberikan hak-hak ukhuwwah kepadanya. Sama ada hak-hak umum atau hak-hak ukhuwwah yang khusus.

Kesimpulannya, ukhuwwah Islamiyyah yang mantap di kalangan pendokong-pendokong perjuangan Islam merupakan kekuatan dalaman jamaah yang sukar digugat. Melaluinya akan lahirlah pejuang-pejuang yang thabat, istiqomah dan bersedia berkorban untuk kepentingan Islam. Mereka juga ibarat mata rantai yang kukuh bagi jentera yang kecil tetapi mampu menggerakkan beban yang besar.

Hiduplah kamu di dalam kehidupan ini seperti seorang yang sedang merentasi suatu perjalanan yang akan meninggalkan kesan-kesan yang indah di belakangnya. Hiduplah kamu dengan manusia seperti orang yang memerlukan, olehitu tawadhuklah terhadap mereka, seperti orang yang berada berbuat baik kepada mereka, seperti ketua ( yang bertanggungjawab) membela mereka, seperti doktor yang menyantuni mereka, jangan sekali-kali kamu hidup dengan mereka seperti serigala yang akan memakan daging mereka, jangan seperti musang yang berusaha memperdaya akal-akal mereka dan jangan seperti pencuri yang menunggu-nunggu kealpaan mereka. Olehitu ingatlah sentiasa bahawa kehidupan kamu juga adalah sebahagian daripada kehidupan mereka, keberadaan( berkekalan) kamu juga sebahagian dari keberadaan mereka, ingatan mereka kepada kamu selepas kematian kamu adalah pujian dan sanjungan mereka, maka jangan menghimpunkan keatas kematian kamu dengan dua kematian, jangan menjadikan cercaan mereka kepada kamu di kedua-dua alam, jangan kamu mendahului diri kamu dengan dua ketetapan, jangan kamu menyediakan diri kamu kepada dua perhitungan dan ingatlah perhitungan (hisab) di akhirat adalah lebih dahsyat dan rumit untuk kamu hadapinya.

26 SEPTEMBER 2010 : JAMUAN HARI RAYA EIDIL FITRI ISMA JOHOR 2010 MERIAH

oleh KELAB REMAJA ISMA Tuesday, September 28, 2010 0 komen

26 SEPTEMBER 2010 : JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2010

oleh KELAB REMAJA ISMA Monday, September 20, 2010 0 komen

Sukacita dimaklumkan bahawa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor menjemput semua muslimin, muslimat serta warga pembaca ismajohor.blogspot.com ke Majlis Sambutan Aidilfitri ISMA Johor
Pada 26 September 2010 (Ahad) bersamaan dengan 17 Syawal 1431 Hijrah
Bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat di Surau JPJ,Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ), Taman Daya, Johor Bahru.

Tentatif Majlis :

2.30 P.M : Ketibaan Tetamu
3.00 P.M : Ucapan alu-aluan.
3.05 P.M : Ucapan Pengarah
3.15 P.M : Ucapan YDP ISMA JOHOR.
3.30 P.M : Penyampaian Hadiah
4.15 P.M : Solat Asar
4.30 P.M : Tazkirah
4.45 P.M : Jamuan
5.30 P.M : Bersurai

ANJURAN :
Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) cawangan Johor

DENGAN KERJASAMA :
Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA ) cawangan Johor.
Kelab Remaja ISMA ( KRIM ) cawangan Pontian dan Johor Bahru.
Kelab Asybal wa Zahrawat ( NAZIM ) cawangan Johor

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor