KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

29 Januari 2011 : KEMM

oleh KELAB REMAJA ISMA Thursday, January 20, 2011 0 komen


Tahukah anda, tanah airkita pernah dikenali sebagai satu pusat perdagangan dunia?


Tahukah anda, bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perhubungan utama dunia?


Tahukah anda, tanahair kita menerima Islam tanpa berlaku pertumpahan darah?


Adakah anda seorang rakyat malaysia yang cintakan agama, bangsa dan tanahairnya?


Adakah anda seorang rakyat malaysia yang rindukan kedaulatan dan kegemilangan negaranya?


Adakah anda seorang rakyat malaysia yang mengimpikan negara yang maju, gemilang dan mampu memimpin tamadun serantau dan dunia?


Jika ya, hadirkan diri anda ke..

kemm-MK-0.gif

KONVENSYEN MEMPERINGATI 500 TAHUN KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU ISLAM MELAKA

http://www.kemm1511.net


Pada 29 Januari 2011 bersamaan 25 Safar 1432H,


UTeM.jpg

Bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Durian Tunggal.

Konvensyen ini dianjurkan oleh

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
dengan kerjasama
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Secara eksklusif akan dirasmikan oleh :
YB Dr. Hj Mohd Puad b Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia


Yuran
Dewasa/Bekerja - RM 50
Mahasiswa/Pelajar - RM 20


OBJEKTIF

• Memberi gambaran keutuhan jatidiri masyarakat Melayu yang telah membina sebuah tamadun yang gilang-gemilang dan kerajaan yang mendapat pengiktirafan seluruh dunia

• Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat bagaimana proses penjajahan telah merungkai jatidiri dan agenda perjuangan bangsa Melayu.

• Memberikan cadangan penyelasaian permasalahan jatidiri umat Melayu Islam di negara ini bagi membolehkan mereka menjadi menjadi bangsa yang unggul semula.

Aturcara :

8.00 – 8.30 pg Pendaftaran Peserta

8.30 – 9.30 pg Pembentangan 1 : “Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka”


drYusufHashim-kuim.jpg

YBhg. Prof Emeritus Datuk Dr Yusuf B Hashim, Naib Cancelor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)


9.30 – 10.00 pg Kehadiran VVIP / VIP

10.00 – 10.45 pg Majlis Perasmian – Ucapan Alu-Aluan Dan Perasmian

Ucapan Alu-Aluan Oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Ucapan Perasmian Oleh -
YB Dr Hj Mohd Puad B Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran

10.45 – 11.00 pg Jamuan VVIP / VIP & Jamuan Ringan Peserta

11.00 – 12.00 tgh Pembentangan 2 : “Kejatuhan Melaka Dalam Tahun 1511 Sebagai Pelajaran Penting Kepada Bangsa Melayu-Islam Hari Ini”

Dato-Dr-Hassan-Ahmad1.jpg

YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka

12.00 – 1.00 ptg Pembentangan 3 : “Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri Dan Agama Islam

ustfauzi.jpg

Al Fadhil Ust Mohd Fauzi Asmuni – Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


1.00 – 2.00 ptg Rehat / Makan / Solat

2.00 – 4.00 ptg Forum : “Mengembalikan Jatidiri Bangsa Melayu Dan Islam”

Pengerusi :

en-aminuddin-yahaya.jpg

YBhg Tuan Hj Aminuddin

Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Panelis :


ustlah.jpg

Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


pres-abim-a.jpg

YBhg. Dr Muhd Razak B Idris,

Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)



latiff2.jpg

YBhg Profesor Datuk Dr Abdul Latif B Abu Bakar,

Ketua II, Gabungan Penulis Nasional (GAPENA)



drzaharah.jpg

YBhg Dato’ Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman

Mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat


4.00 – 4.30 ptg Majlis Penutup Dan Ucapan Penangguhan

a rahman mat dali.jpg

En Abdul Rahman Mat Dali,

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

4.30 ptg Majlis Bersurai




Daftarkan penyertaan anda sekarang! Tempat terhad!


Hubungi kami untuk pendaftaran :


RAUF : 017- 6113854 | AZLAN : 013-2224718

AFFIZA : 013-2188564 | NABIHAH : 019-3801920

Akhi Shoem Artis KRIM Johor

oleh KELAB REMAJA ISMA 0 komen

26-28 NOVEMBER 2010 : MONTAJ JAMBORI REMAJA MUSLIM JOHOR 2

oleh KELAB REMAJA ISMA Friday, January 7, 2011 0 komen

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor