KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

30 NOVEMBER 2009 : HARI PERTAMA KEM ANAK SOLEH DI SMK BENUT,PONTIAN

oleh KELAB REMAJA ISMA Sunday, November 29, 2009 0 komen

27 DISEMBER 2009 : HARI RAYA KORBAN DI RUMAH BOB ( AKTIVIS KRIM JOHOR)

oleh KELAB REMAJA ISMA Friday, November 27, 2009 0 komen

7-8 NOVEMBER 2009 : PERKHEMAHAN ISMA ZON SELATAN DI SEKAKAP MERSING

oleh KELAB REMAJA ISMA Wednesday, November 11, 2009 0 komen



Ustaz Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden I ISMA.
Mersing, 8 November - Naib Presiden I ISMA, Ustaz Abdul Halim bin Abdullah menegaskan bahawa ahli-ahli ISMA memikul tanggungjawab yang besar kepada masyarakat untuk membangkitkan iman dan roh mereka agar kembali kepada penghayatan kehidupan beragama Islam yang syumul. Memetik ungkapan Imam As-Syahid Hasan Al-Banna, beliau juga menyifatkan ISMA sebagai roh baru yang mengalir di dalam tubuh umat hari ini.

Ustaz Halim yang juga merupakan Ketua Perhubungan ISMA Negeri Sembilan mengambil contoh usaha-usaha ISMA mendidik masyarakat di negeri itu agar mengenali isu Palestin. Jika sebelum ini mereka hanya memiliki sentimen, kini sudah wujud rasa kebersamaan dengan perjuangan umat Islam di Palestin. Begitu juga dengan isu-isu umat yang lain, di mana ISMA perlu mendidik masyarakat supaya menjadi roh untuk umat.

”Roh perjuangan Palestin terus bersemarak di bumi Arab bukan disebabkan oleh keberadaan Masjid Al-Aqsa di sana, tetapi kerana roh dan keimanan umat Islam terhadap hukum wajibnya membebaskan mana-mana tanahair Islam yang dijajah”.

Ustaz Halim mengemukakan perbandingan dengan senario umat Melayu yang kini sudah hilang sensitiviti terhadap wilayah-wilayah berjiran yang pernah menjadi hak mereka suatu masa dahulu. Keadaan ini jelas mencerminkan kematian roh umat yang diibaratkan jenazah-jenazah yang hidup seperti ungkapan Syed Syeikh Al-Hadi, seorang tokoh Islam Nusantara.


Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutup untuk Perkhemahan ISMA Zon Selatan 2009 yang diadakan di sini. Program yang menghimpunkan kira-kira 70 orang ahli-ahli ISMA dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ini menunjukkan perkembangan yang positif dari segi bilangan peserta yang meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dalam ucaptama beliau sehari sebelum itu, Ustaz Halim melahirkan harapan agar tema perkhemahan kali ini iaitu ’jiddiyah’ yang bermaksud kesungguhan atau keseriusan, akan menjadi daya penolak untuk ahli-ahli ISMA terutamanya di kalangan mereka yang hadir supaya bekerja dengan lebih keras bagi mencapai objektif-objektif yang telah digariskan.

”ISMA akan menjadi saksi kepada masyarakat di hadapan Allah SWT nanti sama ada kita telah bekerja untuk menyampaikan risalah dan mendidik mereka dengan nilai-nilai Islam. Kalau kita tidak bekerja, Allah SWT akan melantik orang lain untuk melaksanakan tugas dakwah yang mulia ini”.

Menurut Ustaz Halim lagi, tiada guna akidah yang tidak mampu untuk mendorong pemiliknya supaya merealisasikan cita-cita akidah dan berkorban untuk mencapai halatuju yang telah ditetapkan. Begitu juga, tiada guna fikrah yang kita miliki sekiranya tidak mampu untuk mendorong kita berusaha mencapai matlamatnya.

”Kemanisan dakwah hanya akan dirasai apabila kita bersungguh-sungguh untuknya, bukan sekadar memberi sedikit atau sebahagian sahaja daripada diri kita. Allah SWT hanya akan mengurniakan lonjakan apabila kita faham dan serius bekerja untuk dakwah. Manakala masa dan bentuk kemenangan pula, Allah SWT yang akan menentukannya.”

Beliau juga menyeru ahli-ahli ISMA supaya mengikis ’mentaliti tunggu’ daripada diri mereka, sebaliknya mereka digesa supaya sentiasa sensitif dengan peluang-peluang dakwah yang tersedia di hadapan mata. Tugas pendakwah ialah mendidik dan membina masyarakat, bukannya menunggu kepimpinan Islam tertegak baru hendak mula bekerja.

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor