KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

Seminar Kerjaya Melabuhkan Tirai

oleh KELAB REMAJA ISMA Tuesday, June 21, 2011 0 komen

Lagi gambar program disini

JOHOR BAHRU, 19 Jun – Bertempat di Makmal Bahasa Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Kelab Remaja ISMA Johor dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Johor telah berjaya mengadakan Seminar Kerjaya untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 – 5 dari pelbagai sekolah dari serata Johor. Antara sekolah yang menghantar peserta adalah dari SMKA Johor Bahru, SMK Dato Penggawa Barat, Maahad Johor, SMK Sri Saujana dan beberapa sekolah lain lagi.


Seminar Kerjaya yang memfokuskan kepada pelbagai bidang antaranya arkitek, jurutera, doctor, guru ini telah berjaya menarik minat lebih 90 pelajar. Seminar telah bermula dengan perasmian yang mana tetamu VIP adalah daripada Pengetua SMK Taman Desa Skudai iaitu Pn Hjh Fauziah Bt Abdul Hamid, wakil dari Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Johor, En Bariman dan Pengarah Program Seminar Kerjaya iaitu Saudara Ahmad Nazmi Bin Roslan. Selepas acara perasmian, 1 slot ceramah daripada Cikgu Azmir telah diadakan. Ceramah yang bertajuk ‘Matlamat Hidup, Kerjaya dan Anda’ telah membawa pelajar untuk memahami dan menghayati apakah matlamat utama mereka apabila berkerjaya kelak.


Selepas berhenti rehat seketika untuk minum pagi, seminar diteruskan dengan sesi forum dan perkongsian pengalaman. Sesi yang berlangsung secara santai dan mesra bertajuk ”Dari Bangku Sekolah ke Alam Kerjaya” telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar .Pelbagai soalan menarik telah dibincangkan dengan baik oleh para panelis yang terdiri daripada Saudara Mohd Izzul Hafizuddin, Saudari Siti Suraya Lin dan Saudari Siti Khatijah Salleh. Sesi forum ini telah dipengerusikan oleh Saudara Hairul Anuar. Forum berakhir pada pukul 1.00 tengahari untuk makan tengahari dan solat zuhur.


Program bermula semula pada jam 2.00 petang dimana pameran-pameran kerjaya telah diadakan. Terdapat 6 booth pameran telah diadakan dari pelbagai bidang. Antaranya bidang senibina, kejuruteraan, sains dan teknologi, perubatan, perniagaan dan perguruan. Wakil setiap booth adalah dari bidang masing-masing. Setelah selesai sesi pameran, acara penutup, penyampaian cenderahati dari pihak sekolah dan penyampaian sijil untuk peserta telah diadakan. Acara penutup telah dirasmikankan oleh wakil SMK Tmn Desa Skudai iaitu dari guru kaunselor iaitu Pn Asiah dan penyampaian sijil telah disampaikan oleh Pengarah Program Saudara Ahmad Nazmi.


“Sepanjang program ini, saya tidak merasakan bosan dari pagi hingga ke petang. Saya seronok dengan program ini dan membuka mata saya kerjaya mana dan bagaimana untuk menentukan matlamat saya pada masa akan datang. Saya sangat bersyukur kerana dapat berkongsi pengalaman dengan kakak-kakak dan abang-abang disini.” Kata Nurfarahin, peserta dan wakil pelajar dari SMK Taman Desa Skudai. Wakil peserta lain, Nurul Amalina Mohd Yani dari SMK Tasek Utara pula mengatakan beliau sangat gembira dengan program ini dan dapat membuka mata kerjaya mana hendak dipilih. Sebelum ini merasakan seperti tiada hala tuju yang jelas. Tetapi apabila beliau hadir Seminar Kerjaya ini telah menyedarkan beliau bahawa matlamat perlu dijelaskan semasa belajar lagi.


Berdasarkan maklum balas daripada pihak sekolah dan para pelajar, pihak penganjur merasakan bahawa seminar ini telah berjaya mecapai objektif utamanya untuk memperkenalkan beberapa bidang kerjaya, prospektif dan sumbangan kepada masyarakat. Menurut kaunselor SMK Taman Desa Skudai, Puan Asiah, beliau menyambut baik seminar ini dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan.

Seminar Kerjaya 2011 Hampir Tiba..!!!

oleh KELAB REMAJA ISMA Sunday, June 12, 2011 0 komen



Assalammualaikum warahmatullah... apa khabar semua?
cuti sudah berakhir :(
Sekolah sudah bermula :)
tapi adakah anda sedang melangkah untuk mencapai cita-cita anda ? :|
atau anda masih 'blur' dengan hala tuju hidup anda?

Krew KRIM Johor akan berada di SMK Desa Skudai Ahad ini (19 Jun 2011) dengan SEMINAR KERJAYA!

Agenda menarik menanti adik2..

Pameran Kerjaya yang akan membawakan 6 bidang kerjaya yang dipamerkan pada seminar kali ini oleh para graduan dan pelajar universiti tempatan dan luar negara! Jangan lepaskan peluang berkongsi pengalaman, bertanya soalan serta dapatkan tips2 dan nasihat sebelum anda ke menara gading... (insyaAllah).

Those who fail to plan, plan to fail...so plan your future now!!!

Pameran kerjaya kami pasti lain daripada yang lain!
bidang dan latar belakang pembentang!!

Perubatan
Monash
University, Australia/Malaysia

Sains & Teknologi
Universiti Teknologi Malaysia


Kejuruteraan
Universiti Teknologi Malaysia

Pendidikan/Perguruan
University Queensland, Autralia

Arkitek/Senibina
RMIT Universiti, Melbourne


Usahawan
Universiti Utara Malaysia

Ada lagi!!...

Ada 'talk' dari speaker yang merupakan bekas pelajar Macquarie University, Sydney Australia yang dijemput khas untuk aadik-adik . Beliau akan berkongsikan sesuatu yang akan meninggalkan inspirasi yang berbekas dihati adik-adik...insyaAllah

Yuran hanya RM10
(makanan dan sijil disertakan)

Pendaftaran masih terbuka. Terhad hanya 100 orang sahaja.. Siapa cepat dia dapat!!


Boleh hubungi kak siti 0137976181

Jumpa adik-adik di sana!!! insyaAllah

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor