KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

TAUTAN UKHUWWAH : TAKUNGAN REMAJA KOTA TINGGI

oleh KELAB REMAJA ISMA Monday, December 28, 2009 0 komen

KERATAN AKBAR HARIAN METRO 25 DISEMBER 2009


BERGAMBAR BERSAMA AKTIVIS KRIM JOHOR DI HADAPAN PEJABAT KRIM JOHOR

Salam ukhuwwah .........
Pertama sekali saya memohon maaf seandainya selama cikgu mengenali saya, cikgu ada terasa hati dengan saya.Saya sudah lakukan yang terbaik, Insya-Allah namun apakan daya Allah telah menentukan segala-galanya, kerana yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu datang dari saya sendiri.Semoga perkenalan saya dan cikgu tidak akan terputus kerana saya telah anggap cikgu seperti ayah saya.Memang agak berat untuk saya melupakan segala kenangan manis saya bersama KRIM, semua kenangan itu amat terkesan di hati saya.
Alhamdulillah selama saya bersama cikgu, sahabat-sahabat dan KRIM itu sendiri telah banyak merubah saya daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik.banyak juga ilmu yang telah saya timba selama bersama KRIM.Insya-Allah saya akan memanfaatkan ilmu itu dalam kehidupan saya di sana dan ia akan menjadi panduan dalam hidup saya,agar saya tidak akan tersasar daripada landasan Islam.sungguh saya katakana memang sukar untuk saya lupakan kenangan-kenangan bersama KRIM pahit manis bersama KRIM memang amat bermakna buat saya.
Saya juga ingin berterima kasih yang teramat sangat kerana cikgu tidak jemu-jemu mengajak saya ke program-program yang dianjurkan oleh KRIM.Terima kasih juga kerana cikgu sentiasa berada di belakang saya pada saat saya memerlukan, memberikan kata-kata semangat di saat-saat saya kecewa, sentiasa mengambil berat tentang saya.Alhamdulillah, seketika saya bersama KRIM banyak ilmu yang telah saya dapat, kegembiraan, pengalaman dan yang paling penting mempunyai adik-adik di KRIM yang begitu baik dan sangat menghormati antara satu-sama lain.
Sebelum saya menghabiskan kalam-kalam terakhir saya, saya ingin menyatakan hasrat saya.Saya berharap cikgu akan sentiasa memimpin KRIM Johor kerana cikgu telah berjaya memperkenalkan produk KRIM di mata masyarakat sekaligus KRIM Johor telah menjadi semakin mantap, hasilnya kita dapat menjayakan Jambori KRIM kita di mana telah disertai bukan sahaja dari seluruh pelusuk Johor malahan dari Singapura juga.Selain itu,saya juga berharap agar cikgu dapat menjaga adik-adik yang sangat saya sayang dalam KRIM.Saya telah anggap mereka seperti adik saya, kerana merekalah saya dapat merasa bagaimana melayan karenah adik-adik yang berbagai ragam.
Akhir kalam, salam perpisahan buat sementara waktu, selamat berjuang dan jangan lupakan saya yang akan berada jauh di mata.Insya-Allah saya akan sentiasa mendapatkan informasi berkaitan KRIM.Doakan saya Berjaya di sana dan dapat menepis hasutan-hasutan syaitan u ntuk memperdayakan saya supaya melakukan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah.Insya-Allah semoga kita akan berjumpa lagi dan jika saya pulang ke Johor saya akan beritahu cikgu agar kita dapat berjumpa dan bercerita tentang perkembangan KRIM.Ameen.


Wassalam.
Ikhlas dari,
Baharuddin Sallehin.
Dibacakan oleh Jiha dan disalin semula IBA jam 7.20 pagi 25/12/2009

Pertama sekali abang ingin memohon beribu ampun dan maaf kepada kamu semua sekiranya selama perkenalan kita abang ada melukakan hati kamu.Ketahuilah bahawa abang sangat menyayangi kamu semua.Tiada apa yang dapat abang katakan,hanya seribu kesyukuran yang dapat abang panjatkan kepada Allah swt kerana dikurniakan sahabat seperti kamu semua.berat hati ini ingin meninggalkan kamu semua, kerana kamu semua sudah menjadi sebahagian daripada hidup abang tetati abang terpaksa lakukan ini kerana ia melibatkan masa depan abang.Namun, itu bukan bermakna kamu semua tidak penting pada abang.
Pesanan abang sebelum abang pergi, abang harap ukhuwwah kita di sini tidak akan terputus hanya kerana jarak yang memisahkan kita, bukan juga kerana urusan dunia yang sentiasa mencemburui kita.Abang harap ukhuwwah kita semua sentiasa segar di dalam hati-hati kita kerana Allah,InsyaAllah.Harapan abang pula,abang harap KRIM Johor akan sentiasa bergerak aktif dan menjadi terkenal agar kita semua dapat mencapai rancangan GEREM ( Gempur Remaja ) seperti yang telah dirancangkan oleh ISMA InsyaAllah.
Akhir kalam daripada abang,jaga diri,semoga berjaya dalam apa jua yang ingin kamu ceburi.semoga kita semua akan sentiasa berada di bawah rahmat Allah dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan perjuangan dakwah kita.ameen.

YANG BENAR ,
Baharuddin Sallehin
Disalin semula IBA jam 11.45mlm 24 / 12 / 09

MEMAHAMI HAKIKAT KEHIDUPAN : USTAZ RUSHDAN YDP ISMA PAHANG

oleh KELAB REMAJA ISMA Monday, December 21, 2009 0 komen

Bagi seorang Muslim dia amat jelas daripada perkhabaran al Quran dan juga al Sunnah bahawa hakikat hidup dunia adalah satu perhentian untuk mencari bekal untuk satu kehidupan yang kekal abadi. Nak atau tak nak semua manusia akan menuju kepadanya.Dan semua manusia adalah sama, yang bezanya adalah sama ada dia tahu atau tidak hakikat ini dan apabila dia tahu yang bezanya pula adakah dia bersedia atau tidak untuk menghadapinya.

Kehidupan di dunia ini pada hakikatnya bukan tempat pembalasan sebenar walaupun kadangkala ia nampak macam dibalas baik mereka yang melakukan kebaikan dan dibalas buruk bagi mereka yang melakukan kejahatan. Hakikat sebenar hidup dunia ini adalah tempat ujian dan Allah menjadikan segala bentuk kenikmatan sebagai perhiasan untuk menguji manusia siapakah yang paling baik amalannya.

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan segala apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka siapakah yang paling baik amalannya” (al Kahfi 7)

Perhiasan dan Ujian adalah dua perkara yang sinonim, untuk membezakan dan mengkategorikan siapa yang melaluinya. Ada manusia yang tenggelam di dalam perhiasan itu sehingga menyangka bahawa itulah hakikat kehidupan dan tidak ada kehidupan yang lain selainnya(hakikat mereka yang tidak beragama). Ada manusia yang mengetahui adanya kehidupan yang lain selepas ini tetapi tidak mengetahui jalan yang betul untuk menghadapi Ujian tersebut menyebabkan dia juga sesat di dalam Perhiasan itu(inilah hakikat hidup penganut agama selain Islam) . Ada pula manusia yang meyakini adanya kehidupan selepas mati dan mengetahui bahawa dunia ini adalah ujian Allah secara umum, tetapi tidak tahu bagaimana cara ditil yang selamat untuk berjaya menghadapi ujian tersebut( kebanyakan mukmin yang jahil tentang agama), mereka juga akan tenggelam dalam perhiasan yang amat menguji seseorang. Ada pula manusia yang mengetahui semuanya tentang hakikat tersebut tetapi dek kerana Perhiasan itu amat mengujanya dan dek kerana hakikat dirinya yang kalah dengan runtunan nafsu menyebabkan dia menyerah kepadanya( mukmin yg derhaka- ‘Asi -kepada Allah), dan ada pula di kalangan mereka yang tenggelam timbul sekali kalah, sekali menang dan itulah kebiasaan seorang mukmin… dalam berhadapan dengan nafsu dan syaitan…

Kehidupan Adalah Ujian…

Pada hakikatnya semua manusia seolah-olah berada di dalam dewan peperiksaan yang besar yang meliputi alam semesta. Tak kira dia itu seorang pemerintah atau rakyat jelata, seorang alim atau jahil, seorang kaya atau miskin, kesemuanya berada didalam dewan itu dan kesemuanya akan mendapat keputusan sama ada lulus atau gagal.Di sana ada pemerhati yang senentiasa mencatat setiap tingkah lakunya sama ada kecil atau besar :

” Tidak menutur satu kata-kata pun melainkan di sisinya Raqib dan Atid (yg mencatat segala-galanya)” Qaf:18

Begitu juga segala anggota badannya menjadi saksi di atas perbuatannya. Termasuk bumi tempat dia berpijak dan sesama manusia akan menjadi saksi antara satu sama lain dan akhirnya Allah Maha menyaksi atas segala sesuatu…

Tempuh…

Bermula daripada seseorang itu diTaklifkan (berakal dan cukup umur) sehinggalah ke saat kematiannya hakikatnya seorang itu berada di dalam peperiksaan. Bezanya kita dengan seorang pelajar, seorang pelajar mengetahui bila tempuh akhir ujian tersebut sedangkan manusia pada bila-bila masa sahaja loceng Izrail akan dibunyikan menandakan tamatnya tempuh ujian tersebut…

Andaikata seorang pelajar tidak diberitahu bila tempuh tamat ujian dan pada bila-bila masa saja kertas ujiannya akan dipungut nescaya dia akan menggunakan setiap saat serta akan memerahkan segala usahanya yang ada untuk menjawab soalan dengan betul dan tepat tanpa melengahkan dengan apa-apa yang tidak berkaitan dengannya. Begitulah halnya keadaan seorang Muslim apabila dia faham dan sedar tentang Hakikat kehidupan ini. Yang penting baginya adalah kejayaan… yang penting baginya lulus… tak kira apa bentuk soalannya dan berapa banyak yang akan ditanya serta senang atau susah soalannya… yang penting lulus dan jauh daripada kegagalan…

Peralatan ujian

Seorang pelajar peralatan ujiannya adalah pen, pemadam,serta diagihkan kepadanya kertas-kertas soalan dan disediakan kertas jawapannya. Adapun manusia peralatan ujiannya di alam buana ini adalah segala yang dimilikinya, tubuh badannya, masa dan umurnya, hartanya,ilmunya bahkan segala tenaga dan keupayaan yang dikurniakan kepadanya…Itulah peralatan yang digunakan untuk menjawab soalan dengan betul dan tepat…

Skop soalan

Ruang lingkup soalan yang manusia akan menghadapi dalam ujian hidupnya amat luas yang boleh kita simpulkan seperti berikut:

1- Segala perintah dan kefardhuan yang mesti dilakukan…

2- Segala larangan dan perkara yang haram yang mesti dijauhi..

3- Segala nikmat dan kurniaan yang wajib disyukuri… dan

4- Segala kesusahan dan kepayahan yang wajib bersabar dalam menghadapinya…

Kejayaan…

Orang yang akan berjaya hanyalah orang yang dirahmati oleh Allah yang mengikuti Petunjuk Nabi s.a.w. dalam menghadapi kesemuanya itu tanpa lemah atau melampau tanpa mengira daripada golongan mana dia datang. Jika dia daripada pemimpin atau pemerintah maka jawapan yang betul bagi kedudukannya ialah berlaku adil serta menghindarkan segala bentuk kezaliman terhadap mereka yang di bawah pinpinannya . Jika dia ditakdirkan kaya oleh Allah maka dia bersyukur dengan menafkahkan hartanya di jalan yang di tunjuki oleh Muhammad s.a.w. tanpa dipengaruhi sifat bakhil yang bersemi di jiwa. Jika dia Alim dan diberi ilmu oleh Allah dia amanah dengan ilmunya tanpa merasa takut dengan celaan orang yang mencela.Begitulah seterusnya jika dia ditakdirkan miskin atau susah maka jalan kejayaan bagi situasi ini adalah bersabar dengan apa yang dihadapinya serta berusaha mencari sebab dan musabbab untuk melepasi kepayahan itu.Jika berjaya keluar dari kesusahan itu kita bersyukur dan jika tidak kita terus bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi yang mungkin menginginkan KEJAYAAN bagi kita dalam bentuk sedemikian… ” Dan KEBAIKAN AKHIRAT ITU LEBIH BAIK DAN LEBIH KEKAL ABADI…” al A’la:17

Semoga kita semua berjaya di dalam menghadapi ujian ini yang tidak diketahui bilakah penghujungnya…

(KAMPUNG SAWAH, SABTU) 19-20 Disember 2009 : Kelab Remaja ISMA telah menggegarkan kaki Gunung Pulai dengan mengadakan sebuah aktiviti cuti sekolah yang bergelar Jambori Remaja Muslim KRIM. Jambori yang dipenuhi dengan aktiviti bercorak keagamaan ini diadakan di Nurfa Farmstay, sebuah lokasi kem berkonsepkan agrikultur yang terletak di Kampung Sawah, Pekan Nenas, Pontian.
Pagi Sabtu menyaksikan ketibaan 86 orang peserta yang berasal dari seluruh pelusuk negeri Johor, termasuklah lebih 20 orang peserta dari Singapura. Peserta dari Singapura dibawa masuk atas ehsan NGO PERDAUS ( Persatuan Pelajar Dewasa ) cawangan Singapura yang diketuai oleh Encik Khairuddin . Jambori ini diadakan di atas usaha baik Encik Ismail Bin Ali, Pengerusi Kelab Remaja ISMA. Kelab Remaja ISMA (KRIM) merupakan suatu inisiatif berpersatuan di bawah Ikatan Muslimin Malaysia, yang bertujuan untuk memperkasakan potensi remaja muslim supaya mampu bersaing dalam era globalisasi yang penuh dengan cabaran moral dan hedonisme. Antara aktiviti yang biasa dijalankan oleh KRIM ialah kem-kem motivasi dan jatidiri untuk remaja, biasanya berusia di antara 9 tahun hingga awal 20-an. KRIM menggunakan pendekatan dakwah holistik yang dijalankan secara santai tetapi berhikmah. Kem-kem motivasi dan jatidiri KRIM biasanya dijalankan selama 2-3 hari sahaja, namun kesannya amat mendalam dari segi spiritualiti dan moraliti peserta. Fasilitator KRIM terdiri daripada aktivis yang terlatih dalam aktiviti dakwah dan memotivasikan pelajar.
Kem dimulakan dengan taklimat kem yang disampaikan oleh Encik Ismail Bin Ali, moderator kem. Encik Ismail menekankan tentang betapa pentingnya kesedaran diri dalam melaksanakan perubahan kepada sikap yang lebih positif, bukan hanya bergantung kepada fasilitator atau moderator untuk mengubah diri peserta. Sesi ini diteruskan dengan aktiviti ice breaking yang dijalankan oleh Ketua Fasilitator saudara Hanif Bin Nor Azhar. Hanif menggunakan teknik yang santai berupa permainan dan dialog mesra untuk membahagikan peserta mengikut kumpulan masing-masing.
Selepas solat Zohor pada jam 1:30 petang, peserta dihidangkan dengan santapan rohani berupa ceramah jati diri berunsurkan keagamaan yang disampaikan oleh moderator kem. Encik Ismail menekankan aspek moraliti dan kesedaran sosial melalui penekanan keagamaan, menggunakan video dan lagu bermesejkan Islami. Kem diteruskan lagi dengan aktiviti Program Tarbiah Amali yang dijalankan sejurus selepas solat Asar di Masjid Jamik Kampung Sawah. Program ini memerlukan peserta kem untuk merasai sendiri pengalaman berdakwah dengan mengajak penduduk Kampung Sawah untuk menghadiri majlis agama yang akan diadakan pada malam itu selepas waktu Maghrib. Sehubungan dengan itu, sebuah ceramah agama bertemakan Maal Hijrah, yang disampaikan oleh Ustaz Hanif, pegawai daripada Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Pontian.
Malam kem diserikan dengan kehadiran Encik Mohd Hisham bin Jaafar, bergelar Pak Uteh, yang merupakan seorang motivator dakwah tetap KRIM Johor. Pak Uteh menggunakan pendekatan audio visual untuk menyedarkan peserta berkenaan masalah sosial dan menanamkan prinsip agama Islam yang teguh dalam sanubari peserta.
Hari kedua Jambori Remaja Muslim Johor dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah dan bacaan zikir al-ma’thurat yang dipimpin oleh akhi Hairul Anuar.Tazkirah Subuh juga tidak ketinggalan diadakan sebagai peringatan pagi.Slot riadah diketuai pula oleh saudara Safarol Akmar ( abang Balacks ) yang pakar memimpin kecergasan diri.Bagi Aktivis KRIM Johor mengambil kesempatan bersama-sama ikhwah Singapura (akhi Ust Abdul Rahman ) bertaaruf dan berkongsi pengalaman.i
Perserta-peserta jambori seterusnya bergerak ke kaki gunung pulai 2 untuk slot explorace dan mendaki kaki gunung pulai 2 dengan menaiki bas.Ada 4 check point dilalui oleh semua kumpulan dengan aktiviti dan input yang disampaikan.Di sini, peserta jambori didatangi wartawan dari Berita Harian membuat liputan program dan menemuramah beberapa orang peserta dan Cikgu Ismail.Seterusnya,para peserta dapat menikmati mandi air terjun gunung pulai 2.
Selepas solat Zohor diadakan majlis penutup jambori remaja muslim Johor yang mendapat tetamu Pegawai Tadbir Agama daerah Pontian ( PTA )iaitu asy-asyeikh Ustaz Fauzi bin Bachok membuat ucapan perasmian penutup.Ustaz Wan Azli selaku S/U Isma Johor juga turut menyampaikan ucapan mewakili akhi Tahir Hamdan ( Pengerusi ISMA Johor ).Selepas itu,diadakan slot salam perpisahan, peserta-peserta jambori bersalam-salaman dengan diiringi nasyid doa perpisahan.Semoga berjumpa lagi kepada peserta-peserta jambori kali ini.Anda semua adalah Alumni KRIM Johor dan kalau ada program boleh mengikutinya dengan mendapatkan maklumat dari laman blog ini.
Akhir sekali,program yang singkat ini diharapkan mendapat keberkatan dan jalinan ikatan muslimin akan terus berkekalan.Buat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung KRIM Johor ingin merakamkan jutaan terima kasih terutama Pak Uteh,Akhi Rosli ( JPJ ) dll dan semoga antum semua diberi kesihatan agar dapat terus menyumbang perkembangan dakwah.



Gambar semasa majlis perasmian penutup Jambori Remaja Muslim Johor

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431

oleh KELAB REMAJA ISMA Wednesday, December 16, 2009 0 komen

19-20 DISEMBER 2009 : JAMBORI REMAJA MUSLIM JOHOR

oleh KELAB REMAJA ISMA Wednesday, December 9, 2009 0 komen

HUBUNGI SEGERA KEPADA YANG BERMINAT :
PENYERTAAN MASIH DIBUKA

TARIKH : 19 & 20 DISEMBER 2009
TEMPAT : (( NURFA FARMSTAY ))
KAKI GUNUNG PULAI 2
KAMPUNG SAWAH, PEKAN NANAS,PONTIAN



PENYERTAAN :
Terbuka kepada para remaja
Tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6
( TEMPAT TERHAD )

Yuran 50.00 sahaja
( TSHIRT/SIJIL / AL-MATHURAT DISEDIAKAN )

ANJURAN :
KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM)
KERJASAMA :
PEJABAT AGAMA DAERAH PONTIAN

TENTATIF PROGRAM :
19 DISEMBER 2009 ( SABTU )
8.30 - 9.30 : Ketibaan Peserta
9.30 - 10.00 : Taklimat Program
10.00-10.30 : Kumpulanku
10.30 – 12.00 : Input 1
12.00 – 1.00 : LDK 1
1.00 – 2.00 : Makan / Zohor
2.00 – 3.30 : Input 2
3.30 – 4.30 : LDK 2
4.30-5.30 : Asar / Tazkirah / Minum
5.30 -7.00 : Riadah / Makan malam
7.30 -9.00 : Maghrib / Tazkirah / Isyak
9.00-10.30 : Input 3
11.00 – 12.00 : Kembara Remaja


20 DISEMBER 2009 ( AHAD )
5.30- 6.30 – Subuh / Kuliah Subuh
7.00 -8.30 – Riadah / Sarapan
8.30 - 9.30 : Input 4
9.30 - 12.00 : Kembara KaKI Gunung
Pulai 2
12.00-1.00 : Mandi Air Terjun Gunung
Pulai 2
1.00 – 2.30 : Zohor / Makan
2.30 – 3.30 : Muhasabah Peserta
3.30 – 4.00 : Kalimah Akhirah
4.00 – 5.00 : Kemas Tempat Program /
Asar / Salam perpisahan

1 DISEMBER 2009 ; HARI KEDUA KEM IBADAH ANAK SOLEH D SMK BENUT,PONTIAN

oleh KELAB REMAJA ISMA Tuesday, December 1, 2009 0 komen

30 NOVEMBER 2009 : HARI PERTAMA KEM ANAK SOLEH DI SMK BENUT,PONTIAN

oleh KELAB REMAJA ISMA Sunday, November 29, 2009 0 komen

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor