KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

BINGKISAN BOB ( BAHARUDDIN SALLEHIN ) BUAT CIKGU ISMAIL UNTUK TATAPAN SEMUA

oleh KELAB REMAJA ISMA Thursday, December 24, 2009


BERGAMBAR BERSAMA AKTIVIS KRIM JOHOR DI HADAPAN PEJABAT KRIM JOHOR

Salam ukhuwwah .........
Pertama sekali saya memohon maaf seandainya selama cikgu mengenali saya, cikgu ada terasa hati dengan saya.Saya sudah lakukan yang terbaik, Insya-Allah namun apakan daya Allah telah menentukan segala-galanya, kerana yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu datang dari saya sendiri.Semoga perkenalan saya dan cikgu tidak akan terputus kerana saya telah anggap cikgu seperti ayah saya.Memang agak berat untuk saya melupakan segala kenangan manis saya bersama KRIM, semua kenangan itu amat terkesan di hati saya.
Alhamdulillah selama saya bersama cikgu, sahabat-sahabat dan KRIM itu sendiri telah banyak merubah saya daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik.banyak juga ilmu yang telah saya timba selama bersama KRIM.Insya-Allah saya akan memanfaatkan ilmu itu dalam kehidupan saya di sana dan ia akan menjadi panduan dalam hidup saya,agar saya tidak akan tersasar daripada landasan Islam.sungguh saya katakana memang sukar untuk saya lupakan kenangan-kenangan bersama KRIM pahit manis bersama KRIM memang amat bermakna buat saya.
Saya juga ingin berterima kasih yang teramat sangat kerana cikgu tidak jemu-jemu mengajak saya ke program-program yang dianjurkan oleh KRIM.Terima kasih juga kerana cikgu sentiasa berada di belakang saya pada saat saya memerlukan, memberikan kata-kata semangat di saat-saat saya kecewa, sentiasa mengambil berat tentang saya.Alhamdulillah, seketika saya bersama KRIM banyak ilmu yang telah saya dapat, kegembiraan, pengalaman dan yang paling penting mempunyai adik-adik di KRIM yang begitu baik dan sangat menghormati antara satu-sama lain.
Sebelum saya menghabiskan kalam-kalam terakhir saya, saya ingin menyatakan hasrat saya.Saya berharap cikgu akan sentiasa memimpin KRIM Johor kerana cikgu telah berjaya memperkenalkan produk KRIM di mata masyarakat sekaligus KRIM Johor telah menjadi semakin mantap, hasilnya kita dapat menjayakan Jambori KRIM kita di mana telah disertai bukan sahaja dari seluruh pelusuk Johor malahan dari Singapura juga.Selain itu,saya juga berharap agar cikgu dapat menjaga adik-adik yang sangat saya sayang dalam KRIM.Saya telah anggap mereka seperti adik saya, kerana merekalah saya dapat merasa bagaimana melayan karenah adik-adik yang berbagai ragam.
Akhir kalam, salam perpisahan buat sementara waktu, selamat berjuang dan jangan lupakan saya yang akan berada jauh di mata.Insya-Allah saya akan sentiasa mendapatkan informasi berkaitan KRIM.Doakan saya Berjaya di sana dan dapat menepis hasutan-hasutan syaitan u ntuk memperdayakan saya supaya melakukan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah.Insya-Allah semoga kita akan berjumpa lagi dan jika saya pulang ke Johor saya akan beritahu cikgu agar kita dapat berjumpa dan bercerita tentang perkembangan KRIM.Ameen.


Wassalam.
Ikhlas dari,
Baharuddin Sallehin.
Dibacakan oleh Jiha dan disalin semula IBA jam 7.20 pagi 25/12/2009

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor