KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

Syabas JIRIM 2 !

oleh KELAB REMAJA ISMA Wednesday, December 29, 2010 0 komen

JIRIM BEST !!!



"Impact 2 Perfect!"
itulah Tema yang dipilih untuk JIRIM (II).seramai hampir 650+ remaja muslim lelaki + perempuan telah mmembanjiri Kem "Nur Laman Bestari",Ulu Yam,Selangor Darul Ehsan.Kebanyakan mereka ini datang dari seluruh negeri-negeri di malaysia.Johor,Melaka,Perlis,terengganu dan sebagainya.



3 hari 2 malam mereka semua menjalani pelbagai aktiviti yang penuh dengan cabaran & dugaan...GEMPUR JIRIM merupakan aktiviti malam pertama...

atau nama lainya= WAR GAME !!


Aktiviti ini berakhir pada jam 1.30 pagi...Semua peserta kelihatan keletihan...YE KE?

HARI KE-2




RAFTING

KEMBARA AL-QURAN

*lakonan semata-mata

+ Malam Kesenian & Kebudayaan +

majlis penutup telah disempurnakan oleh Dr.Khir B. Mohammad Yusof
Timb. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

MONTAJ PENUTUP:









*BEHIND DA SCENE*


























SEE U DI JIRIM (III) !



24-26 DISEMBER 2010 : JAMBORI REMAJA MUSLIM NASIONAL DI ULU YAM SELANGOR

oleh KELAB REMAJA ISMA Saturday, December 18, 2010 0 komen

TENTATIF JAMBORI REMAJA MUSLIM NASIONAL ( JIRIM 2 )
24 DISEMBER 2010 (JUMAAT)

3.00 – 3.40 petang : Pendaftaran peserta
4.40 – 5.50 petang : Solat Asar
5.00 – 7.00 petang : Taklimat program/Penempatan/Pembahagian kumpulan.
7.00 – 9.30 malam : Makan Malam, Hemat diri dan Solat
9.30 – 11.00 malam : Taaruf
11.00 – 2.00 pagi : Gempur JIRIM


25 DISEMBER 2010 ( SABTU )

5.00 – 7.00 pagi : Qiamullail, Solat Subuh, Ma’thurat, tazkirah
7.00 – 8.00 pagi : Cergas JIRIM
8.00 – 9.00 pagi : Sarapan
9.30 – 6.00 petang : Kembara Quran
6.00 – 9.00 malam : Makan malam, solat maghrib dan Isyak
9.00 –11.00 malam : Malam Mencari Sinar
11.00 -12.00 malam : Menuai Permata


26 DISEMBER 2010 ( Ahad )

5.00 – 7.00 pagi : Qiamullail, Solat Subuh dan Kuliah Subuh
7.00 – 8.00 pagi : Cergas JIRIM
8.00 – 8.30 pagi : Sarapan
8.30 – 10.00 pagi : Min Aina Ila Aina
10.00-11.00 pagi : Evaluasi penutup
11.00-12.30 tghr : Majlis Penutup
12.30 tengh hari : Bersurai

PASTIKAN ADIK-ADIK MEMBAWA BARANG YANG CUKUP UNTUK AKTIVITI SEPANJANG 3 HARI 2 MALAM

Pakaian untuk 3 hari 2 malam termasuk pakaian rasmi (pakaian rasmi ialah t-shirt JIRIM. t-shirt akan diberi semasa hari pendaftaran) dan pakaian sukan.

pakaian seperti t-shirt untuk aktiviti luar, sweater untuk waktu malam, dan yang sesuai

naskhah terjemahan al-Quran.

alat-tulis dan buku catatan.

kasut dan selipar (kasut sukan, dan yang mana sesuai).

barangan keperluan peribadi (ubat-ubatan, dll).

keperluan lain

LIPUTAN AKHBAR SINAR HARIAN JAMBORI REMAJA MUSLIM JOHOR

oleh KELAB REMAJA ISMA Sunday, December 5, 2010 0 komen



SENGGARANG – Kebelakangan ini, acap kali masyarakat digembar-gemburkan oleh media massa sama ada elektronik mahupun cetak mengenai isu negatif seperti jenayah seks bebas, rogol dadah, rompakan dan sebagainya yang melibatkan golongan remaja.

Oleh itu, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia Johor (KRIMJ) dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Batu Pahat telah mengambil inisiatif mengadakan satu Program Jambori Kelab Remaja Isma (KRIM) Siri ke-2 sebagai usaha membendung gejala sosial ini dari terus berlaku.

Penyelaras Program yang juga Pengerusi KRIMJ, Ismail Ali ketika ditemui berkata, sebahagian besar kes yang sering dilaporkan oleh media melibatkan remaja yang tidak mempunyai jati diri, rendah moral, tiada haluan yang jelas akibat dilanda arus cabaran.

Menurutnya, sedangkan pada hari ini remaja merupakan generasi yang diharapkan untuk memikul tanggungjawab besar meneruskan agenda pembangunan bangsa tetapi dicemari dengan pelbagai gejala sosial yang boleh merosakkan akidah mereka pada masa hadapan.

“Justeru itu, menjadi kewajipan semua pihak sama ada agensi kerajaan mahupun swasta untuk menanam dalam diri remaja dengan sifat motivasi yang tinggi, iltizam dan jati diri yang merupakan asas kepada akidah yang mantap dan berakhlak mulia.

“Sepanjang tiga hari program yang dijalankan ini, pelbagai pengisian program telah dijalankan untuk memberi pendedahan dan pemahaman bagi mencapai objektif bagi mengelak remaja dari terus terlibat dalam permasalahan yang disebutkan,” katanya.

Ismail berkata, program yang dijalankan ini juga ingin mencapai objektifnya tersendiri yang mana golongan remaja yang terlibat ini telah diberi didikan serta membimbing mereka untuk menerapkan nilai ajaran agama Islam dalam kehidupan sehari-hari.

Menurutnya, seperti diketahui agama Islam, kitab al-Quran menjadi panduan yang boleh membimbing serta menjaga kehormatan individu yang menyelami baris-baris ayatnya, oleh itu, KRIMJ mengambil inisiatif untuk memberi bimbingan kepada mereka ini.

“Ini kerana KRIMJ melihat remaja pada hari ini merupakan generasi diharapkan untuk memikul tanggungjawab besar dan hanya mampu dicapai dengan adanya pendukung yang mempunyai keimanan jitu, bercita-cita tinggi dan jelas matlamat hidupnya.

“Selain itu juga, pihak kita juga ingin menanamkan dalam diri setiap peserta yang terlibat agar dapat memantapkan jati diri remaja supaya berakhlak mulia, berdikari, berdisiplin dan mampu mewujudkan kerjasama yang baik dalam kalangan peserta,” katanya.

Ismail berkata, penganjuran program Jambori Remaja Muslim Negeri Johor Siri ke-2 yang bertempat di Kem Jubli Intan, Kem Pengakap, Tanjung Laboh pada kali ini telah menerima penyertaan kira-kira 120 peserta iaitu sebanyak 65 lelaki dan 55 perempuan.

Malah, seramai 60 urusetia yang merangkumi AJK pelaksana program dan fasilitator juga turut hadir untuk menjayakan program ini yang mana sebelum ini program seperti ini telah diadakan di Johor Bahru pada tahun lepas.

“Kesemua peserta jambori pada kali ini datangnya dari beberapa daerah di negeri Johor seperti Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru yang mana melibatkan remaja yang berada di sekolah menengah sempena cuti sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ismail juga mengatakan bahawa KRIM merupakan Kelab Remaja yang bernaung di bawah Isma yang mana memberi ruang seluas-luasnya kepada remaja untuk melibatkan diri dalam menonjolkan bakat dan potensi.

Menurutnya, pihaknya berharap penglibatan remaja dalam KRIM mampu menghindarkan golongan ini daripada sikap membuang masa dan seterusnya terjebak dengan segala permasalahan sosial yang sering kali dilaporkan kini.

Turut hadir dalam program ini adalah Pengarah KRIMJ Pusat, Asmadi Abdul Samad; Yang Dipertua Isma Cawangan Johor, Tahir Hamdan dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Unit Pengurusan Masjid) Batu Pahat, Kasbullah Kusni (Perasmi).

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor