Blog Archive

assalamualaikum.gif


MADAH MUTIARA :

"Buka Minda, Buka Hati, Kenali Diri,Perbaiki Diri"
         

TERUS LAKUKAN PERBUATAN BAIK SEMAKSIMUM MUNGKIN,KERANA ITULAH YANG AKAN KEMBALI KEPADA KITA,INSYAALLAH.





NIKMATILAH HIDUP MERDEKA,TIDAK DIPERHAMBAKAN OLEH KEINGINAN DIPUJI, DIHORMATI ATAU DILAYAN ISTIMEWA,SEBAB MENJADI ORANG YANG BIASA ITU SEBENARNYANIKMAT.





ORANG YANG TERPUJI BUKANLAH ORANG YANG PERNAH JATUH, TETAPI ORANG YANG TELAH JATUH DAN DAPAT BANGUN KEMBALI.





KEBAHAGIAN YANG PALING BESAR ADALAH APABILA KITA MAMPU MENYEMBUNYIKAN KEBAIKAN KITA.





BERSYUKURLAH DAN BERTERIMA KASIHLAH DENGAN TULUS SETIAP KALI MENDAPAT KEBAIKAN





DOAKAN DAN BERUSAHALAH UNTUK MEMBALAS KEBAIKAN ORANG YANG TELAH BERBUAT BAIK KEPADA KITA DENGAN APA YANG KITA MAMPU





BERUNTUNGNYA KITA BUKAN PERKARA MENANG ATAU KALAH,JUGA BUKAN ISU MENDAPATKAN ATAU TIDAK.BUKAN MENANG ATAU TIDAK....... BERUNTUNGLAH KITA,JIKA KITA BERJAYA ,BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK DALAM SITUASI APA PUN.





ORANG YANG BERJIWA KECIL CEPAT NAIK DARAH KALAU DIRINYA DIKRITIK, TETAPI ORANG YANG BIJAKSANA MAMPU MEMETIK HIKMAH DARIPADA ORANG YANG MENGKRITIKNYA DAN MAMPU MENGANALISIS SERTA MENGUJI DIRINYA SENDIRI.





TIDAK ADA BAHAYA PERIBADI MELAINKAN MALAS DAN TIDAK ADA KETINGGIAN PERIBADI MELAINKAN RAJIN.





KALAU ANDA ASYIK BERFIKIR HIDUP INI SUKAR, MAKA SUKARLAH HIDUP ANDA TETAPI KALAU ANDA MEMBINA KETAHANAN DALAM DIRI, MAKA ANDA AKAN MENGUASAI HIDUP ANDA YANG SUKAR ITU.





SETIAP ORANG HARUS DIMANFAATKAN MENURUT KEMAMPUAN MEREKA KERANA HARUS DIINSAFI BAHAWA TIADA SEORANG PUN MANUSIA YANG SEMPURNA.





ORANG YANG GAGAL DALAM USAHANYA, MASIH TETAP LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG TIDAK BERUSAHA SAMA SEKALI.





TIADA SIAPA YANG BOLEH TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN KESILAPAN. AKUI KESILAPAN ANDA, KESALINYA DAN BELAJAR DARIPADANYA.





ORANG YANG HANYA TAHU MENERIMA TETAPI TIDAK TAHU MEMBERI, TIDAK AKAN BERASA BAHAGIA DI DUNIA INI.





SEMULIA-MULIA MANUSIA IALAH SESIAPA YANG MERENDAH DIRI KETIKA BERKEDUDUKAN TINGGI, MEMAAF KETIKA BERDAYA MEMBALAS, DAN BERSIKAP ADIL KETIKA KUAT.





BELAJAR TANPA BERFIKIR AMAT MERUGIKAN TETAPI BERFIKIR TANPA BELAJAR LEBIH BERBAHAYA.





JANGAN MENYESALI KEGAGALAN YANG DIALAMI DENGAN MENUDUH ATAU MENYALAHKAN ORANG LAIN, AKAN TETAPI AKUILAH SESUNGGUHNYA KEGAGALAN ITU ADALAH KERANA PERBUATAN ANDA SENDIRI.





SEKIRANYA SESEORANG MANUSIA ITU TIDAK BERFIKIRAN JAUH, DIA AKAN MENYESAL DENGAN APA YANG DILAKUKAN.





APABILA KITA TIDAK MAMPU MEMILIKI APA YANG KITA SUKA, SUKAILAH APA YANG KITA MILIKI. DUNIA PENUH DENGAN PERTENTANGAN. ADA PENDERITAAN DAN KEBAHAGIAN, ADA CAHAYA DAN BAYANG-BAYANG, ADA KELAHIRAN DAN KEMATIAN.





BARANG SIAPA TAHU AKAN KESALAHAN SENDIRI, DAN TIDAK MEMBANGKIT-BANGKITKAN KESALAHAN ORANG LAIN, PASTI IA TIDAK AKAN DIBENCI OLEH SESIAPA PUN.





WANG DAN KUASA MENYEBABKAN TIMBULNYA PENIPUAN DI SANA SINI SETIAP HARI. TETAPI, PENIPUAN YANG PALING DAHSYAT IALAH MENIPU DIRI SENDIRI.







             
*=*=* "Buka Minda, Buka Hati, Kenali Diri" =*=*

AKTIVIS KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN NEGERI JOHOR / FASILITATOR

Wednesday, November 11, 2009

7-8 NOVEMBER 2009 : PERKHEMAHAN ISMA ZON SELATAN DI SEKAKAP MERSING

7-8 NOVEMBER 2009 : PERKHEMAHAN ISMA ZON SELATAN DI SEKAKAP MERSING - Tugas kita bangkitkan roh masyarakat – Ustaz Halim



Ustaz Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden I ISMA.
Mersing, 8 November - Naib Presiden I ISMA, Ustaz Abdul Halim bin Abdullah menegaskan bahawa ahli-ahli ISMA memikul tanggungjawab yang besar kepada masyarakat untuk membangkitkan iman dan roh mereka agar kembali kepada penghayatan kehidupan beragama Islam yang syumul. Memetik ungkapan Imam As-Syahid Hasan Al-Banna, beliau juga menyifatkan ISMA sebagai roh baru yang mengalir di dalam tubuh umat hari ini.

Ustaz Halim yang juga merupakan Ketua Perhubungan ISMA Negeri Sembilan mengambil contoh usaha-usaha ISMA mendidik masyarakat di negeri itu agar mengenali isu Palestin. Jika sebelum ini mereka hanya memiliki sentimen, kini sudah wujud rasa kebersamaan dengan perjuangan umat Islam di Palestin. Begitu juga dengan isu-isu umat yang lain, di mana ISMA perlu mendidik masyarakat supaya menjadi roh untuk umat.

”Roh perjuangan Palestin terus bersemarak di bumi Arab bukan disebabkan oleh keberadaan Masjid Al-Aqsa di sana, tetapi kerana roh dan keimanan umat Islam terhadap hukum wajibnya membebaskan mana-mana tanahair Islam yang dijajah”.

Ustaz Halim mengemukakan perbandingan dengan senario umat Melayu yang kini sudah hilang sensitiviti terhadap wilayah-wilayah berjiran yang pernah menjadi hak mereka suatu masa dahulu. Keadaan ini jelas mencerminkan kematian roh umat yang diibaratkan jenazah-jenazah yang hidup seperti ungkapan Syed Syeikh Al-Hadi, seorang tokoh Islam Nusantara.


Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutup untuk Perkhemahan ISMA Zon Selatan 2009 yang diadakan di sini. Program yang menghimpunkan kira-kira 70 orang ahli-ahli ISMA dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ini menunjukkan perkembangan yang positif dari segi bilangan peserta yang meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dalam ucaptama beliau sehari sebelum itu, Ustaz Halim melahirkan harapan agar tema perkhemahan kali ini iaitu ’jiddiyah’ yang bermaksud kesungguhan atau keseriusan, akan menjadi daya penolak untuk ahli-ahli ISMA terutamanya di kalangan mereka yang hadir supaya bekerja dengan lebih keras bagi mencapai objektif-objektif yang telah digariskan.

”ISMA akan menjadi saksi kepada masyarakat di hadapan Allah SWT nanti sama ada kita telah bekerja untuk menyampaikan risalah dan mendidik mereka dengan nilai-nilai Islam. Kalau kita tidak bekerja, Allah SWT akan melantik orang lain untuk melaksanakan tugas dakwah yang mulia ini”.

Menurut Ustaz Halim lagi, tiada guna akidah yang tidak mampu untuk mendorong pemiliknya supaya merealisasikan cita-cita akidah dan berkorban untuk mencapai halatuju yang telah ditetapkan. Begitu juga, tiada guna fikrah yang kita miliki sekiranya tidak mampu untuk mendorong kita berusaha mencapai matlamatnya.

”Kemanisan dakwah hanya akan dirasai apabila kita bersungguh-sungguh untuknya, bukan sekadar memberi sedikit atau sebahagian sahaja daripada diri kita. Allah SWT hanya akan mengurniakan lonjakan apabila kita faham dan serius bekerja untuk dakwah. Manakala masa dan bentuk kemenangan pula, Allah SWT yang akan menentukannya.”

Beliau juga menyeru ahli-ahli ISMA supaya mengikis ’mentaliti tunggu’ daripada diri mereka, sebaliknya mereka digesa supaya sentiasa sensitif dengan peluang-peluang dakwah yang tersedia di hadapan mata. Tugas pendakwah ialah mendidik dan membina masyarakat, bukannya menunggu kepimpinan Islam tertegak baru hendak mula bekerja.

Monday, November 2, 2009

31 OKTOBER - 1NOVEMBER 2009 : MOTIVASI JATI DIRI PELAJAR TINGKATAN 2 SMK DESA SKUDAI

31 OKTOBER - 1NOVEMBER 2009 : MOTIVASI JATI DIRI PELAJAR TINGKATAN 2 SMK DESA SKUDAI

Sunday, October 18, 2009

18 OKTOBER 2009 : MERIAH ...MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ISMA JOHOR DI PERKARANGAN SURAU JPJ NEGERI JOHOR











ISMA johor berjaya menganjurkan majlis sambuatan Hari Raya yang diadakan di perkarangan surau Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor.Kehadiran aktivis-aktivis Kelab Remaja ISMA Johor dari Pontian dengan sebuah bas menambahkan kemeriahan majlis dan turut dirasai oleh YDP ISMA Johor Tuan haji Tahir Hamdan dalam ucapan aluannya.Beliau menyebut tuntutan beramal terhadap masayarakat luar melalui wadah ISMA.
Tetamu yang diundang untuk membuat pengisian dalam majlis ini ialah al-fadhil ustaz Ahmad zainal Abidin YDP ISMA Melaka.Penyampaian ustaz yang bersahaja,mesra dan penuh dengan pengharapan ISMA dapat dijadikan wadah amal Islami mendekati masyarakat.
Taburan pengunjung majlis sambutan hari raya ini majoritinya adalah dari golongan remaja dan belia yang menjadi tumpuan pendekatan dakwah ISMA.
Mudah-mudahan majlis ini menjadi rangsangan aktivis ISMA untuk terus bersama-sama mengembeling tenaga memperkasakan aktiviti ISMA Johor.

18 OKTOBER 2009 : MERIAH ...MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ISMA JOHOR DI PERKARANGAN SURAU JPJ NEGERI JOHOR

Wednesday, October 14, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ISMA JOHOR

Semua Ikhwah/Akhawat dan Keluarga serta sahabat handai dijemput hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya ISMA Johor.

Tarikh : 18 Oktober 2009 (Ahad)

Masa : 11.00 pg - 2.00 ptg

Tempat : Surau JPJ, Taman Daya, Johor Bahru

Hubungi Kami

KELAB REMAJA ISMA
No Pendaftaran: 2701/97 No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor CAWANGAN NEGERI JOHOR : No, 28-02, Jalan Sri Putra, Taman Sri Putra, Skudai 81200 Johor. ABUMUAZ - 019-7533161 ( Email-cgu_mail@yahoo.com ) FAUZI BIN ABDUL HAMID - 019-6724430
View my complete profile