KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

Kem Pengukuhan Solat SDARY Meriah!!

oleh KELAB REMAJA ISMA Sunday, May 15, 2011




Johor Bahru – 15 Mei. Bertempat di Dewan Terbuka SMK Datuk Abdul Rahman Yassin (SDARY), KRIM Johor telah bersama-sama dengan pihak SDARY untuk menjayakan Kem Pengukuhan Solat 2011 yang telah dianjurkan oleh pihak SDARY.


Kem yang memfokuskan kepada pengukuhan solat telah berjaya menarik minat lebih 88 pelajar termasuk lelaki dan perempuan. Kem dimulakan dengan aktiviti Ice Breking dengan pelajar yang dilaksanakan oleh Crew KRIM Johor iaitu, Saudara Ahmad Naqiuddin B Mohd Tahir dan dibantu oleh Saudara Ahmad Fauzi dari Matrikulasi Tangkak Johor.


Selepas aktiviti Ice Breking, program diteruskan dengan sesi forum yang bertajuk “Solat Membentuk Peribadi Mulia”. Sesi forum yang berlangsung secara santai dan mesra ini telah mendapat sambutan dan feedback yang hangat dari para pelajar. Pelbagai perkara yang dibincangkan dengan baik oleh para panelis yang terdiri daripada Saudari Siti Asmaliza Bt Basuni dan Saudari Aisyah Bt Rahban. Sesi forum ini telah dipengerusikan oleh Saudari Siti Khatijah Bt Salleh


Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, program diteruskan kepada Bengkel Wudhu dan Praktikal yang dipimpin oleh pihak jawatankuasa yang terdiri daripada ustaz dan ustazah sekolah. Pada waktu petang, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan telah dilaksanakan oleh crew KRIM Johor. Tajuk LDK tersebut ialah “Solat & Kita” dimana pelajar dikehendaki melakukan pelbagai aktiviti mengikut kreativiti masing-masing samada lakonan, pantun, koir dan lain-lain asal saja tidak lari dari tajuk.


Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan Hajah Mardhiah Bt Jaafar dan upacara penyampaian hadiah untuk pelajar dilaksanakan. Semoga ukhwah yang dibina dapat diperpanjangkan dengan adik2...




1 Responses to Kem Pengukuhan Solat SDARY Meriah!!

  1. hmmm......good:)

     

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor