KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

Keputusan permohonan ke IPTA hari ini

oleh KELAB REMAJA ISMA Thursday, May 5, 2011




Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline 03-88835858, helpline 03-88835848 dan juga ditalian am 03-88835801/5802.

Menurutnya, calon-calon juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.

"Calon boleh mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.

Sumber : Kosmo


TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor