KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

Hiduplah kamu di dalam kehidupan ini seperti seorang yang sedang merentasi suatu perjalanan yang akan meninggalkan kesan-kesan yang indah di belakangnya. Hiduplah kamu dengan manusia seperti orang yang memerlukan, olehitu tawadhuklah terhadap mereka, seperti orang yang berada berbuat baik kepada mereka, seperti ketua ( yang bertanggungjawab) membela mereka, seperti doktor yang menyantuni mereka, jangan sekali-kali kamu hidup dengan mereka seperti serigala yang akan memakan daging mereka, jangan seperti musang yang berusaha memperdaya akal-akal mereka dan jangan seperti pencuri yang menunggu-nunggu kealpaan mereka. Olehitu ingatlah sentiasa bahawa kehidupan kamu juga adalah sebahagian daripada kehidupan mereka, keberadaan( berkekalan) kamu juga sebahagian dari keberadaan mereka, ingatan mereka kepada kamu selepas kematian kamu adalah pujian dan sanjungan mereka, maka jangan menghimpunkan keatas kematian kamu dengan dua kematian, jangan menjadikan cercaan mereka kepada kamu di kedua-dua alam, jangan kamu mendahului diri kamu dengan dua ketetapan, jangan kamu menyediakan diri kamu kepada dua perhitungan dan ingatlah perhitungan (hisab) di akhirat adalah lebih dahsyat dan rumit untuk kamu hadapinya.

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor