KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

Seminar Kerjaya Perubatan I-Medic @ Sek Tun Fatimah Johor

oleh KELAB REMAJA ISMA Thursday, April 14, 2011



JOHOR BAHRU, 9 April – Bertempat di Dewan Sekolah Tun Fatimah (STF), Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia (I-Medik) cawangan Johor telah berjaya mengadakan Seminar Kerjaya untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dari sekolah berkenaan.

Seminar Kerjaya yang memfokuskan kepada kerjaya sains perubatan dan kesihatan bersekutu ini telah berjaya menarik minat lebih 150 pelajar, yang rata-ratanya bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan, doktor gigi dan ahli farmasi. Seminar telah bermula dengan sesi pengenalan tentang organisasi Imedik kepada para pelajar oleh pengerusi I-Medik Cawangan Johor, Dr. Azmir Shaari dan diteruskan dengan pembentangan ‘Laluan kerjaya perubatan selepas SPM’ oleh Dr. Izzaturrahmi.

Selepas berhenti rehat seketika untuk minum pagi, seminar diteruskan dengan sesi forum dan perkongsian pengalaman. Sesi yang berlansung secara santai dan mesra ini telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar .Pelbagai soalan menarik telah dibincangkan dengan baik oleh para panelis yang terdiri daripada Dr. Nadia, Dr. Anayasmin dan Cik Raihan. Sesi forum ini telah dipengerusikan oleh Cik Siti Khatijah. Seminar diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata daripada pihak I-Medik dan juga STF.

Berdasarkan maklum balas daripada pihak STF dan para pelajar, pihak penganjur merasakan bahawa seminar ini telah berjaya mecapai objektif utamanya untuk memberi pendedahan awal tentang dunia perubatan. Menurut kaunselor STF, Puan Muzdalifah, beliau menyambut baik seminar ini dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan.



TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor