KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

SELAMAT HARI RAYA - 'EID MUBARAK

oleh KELAB REMAJA ISMA Wednesday, September 23, 2009

Assalamualaikum

Alhamdulillah kita telah berjaya melalui kem Ramadhan. Kita telah melalui Fasa Rahmah di awal, Fasa Keampunan di pertengahan dan Fasa terakhir dibebaskan dari api neraka. Marilah kita dengan perasaan khauf, perasaan takut-takut apa yang kita buat dan lakukan sepanjang Ramadhan tidak diterima Allah mungkin sebab tidak ikhlas, riak dan sebagainya. Perasaan raja’ ialah mengharap agar Allah benar-benar menerima segala amal yang kita telah lakukan. Perasaan bimbang tak dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun akan datang. Berdoalah dengan penuh rasa pengharapan agar kita dapat sekali lagi bertemu dengan Ramadhan tahun depan...Aamiinnn.


Berdoalah semoga Universiti Ramadhan yang telah kita lalui berjaya menghasilkan kita sebagai INSAN BARU... Insan yang bertaqwa. Insan yang lahir bersih dari dosa. Sesuai dengan kemenangan yang bakal kita raikan ’Idul Fitrah (kembali kepada keadaan yang sebenar iaitu fitrah bersih dari dosa setelah melalui proses penyucian diri dengan pelbagai ibadah). Marilah kita menyambut kemenangan ini

Selamat Hari Raya ’Idulfitri, minal a’idin wal faizin.
Dengan ucapan: Taqabalallah hu min na wa min kum.

Namun Kemenangan Sebenar seorang Mukmin apabila:

a. Berjaya mengakhiri kalam dengan kalimah La illa ha ilallah
b. Berjaya memperolehi buku catatan amal di padang Mahsyar dengan tangan kanan
c. Berjaya memperolehi syafaat Nabi Muhammad untuk dipercepatkan timbangan amal
d. Berjaya melintasi titian Sirat
e. Berjaya memasuki syurga dan menghindari neraka


Bagaimana Menyambut Hari Raya?
1. Memperbanyakkan Ucapan Takbir bermula terbenam matahari erakhirnya Ramadhan sehingga solat sunat Aidilfitri didirikan.
2. Menghidupkan Malam Raya dengan solat-solat sunat, membaca al-Quran, bertasbih, bertahmid dan bertakbir sepanjang malam.
3. Mandi sunat Hari Raya sebaiknya sebelum Solat Subuh dengan niat: Sengaja aku mandi sunat ‘Aidilfitri kerana Allah”.
4. Memakai pakaian yang indah dan berwangi-wangian.
5. Makan awal pagi sebelum pergi menunaikan solat sunat hari raya sebagai menandakan tamatnya tempoh berpuasa.
6. Menunaikan solat sunat hari raya kepada setiap orang sama ada lelaki mahupun perempuan
7. Melahirkan kegembiraan pada Hari Raya merupakan syi’ar agama Islam”. (Lihat: Fathul Bari 2/443) Bersedih di Hari Raya sehingga menangis semasa saling bermaafan, perbuatan menziarahi kubur dan menangis dikuburan adalah amalan bid’ah yang tidak pernah dicontohkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat radiallahu ‘anhum dan para Salaf. Maka, wajiblah ia ditinggalkan agar memperolehi keberkatan, kerana mencontohi sunnah itu adalah lebih utama.
8. Menyampaikan Ucapan Selamat apabila bertemu sahabat dengan ucapan:
:تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
”Semoga Allah menerima amalanmu dan amalan ku”

9. Menziarahi kaum kerabat dan sahabat handai
10. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat `Ied – tujuannya agar bertemu dengan orang yang berlainan untuk bersalaman dan mengucapkan selamat dan berdoa untuk mereka.

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor