KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

30 JANUARI 2010 : AKTIVIS KRIM JOHOR(AKJ ) YANG KEMALANGAN BALIK KOBANNA

oleh KELAB REMAJA ISMA Sunday, January 31, 2010


GAMBAR 4 AKTIVIS KRIM JOHOR YANG TERBABIT KEMALANGAN

GAMBAR 6 IKHWAH JOHOR : 2 AHLI PEMBINA DAN 4 AKTIVIS KRIM JOHOR

Jazakallah buat ikhwah dan akhowat yang prihatin dari dekat dan jauh yang call dan mendoakan yang terbaik.
Kemalangan melibatkan 6 ikhwah : 2 akhi Zul dan Akhi Yazid dari Pembina Student Medic.4 ikhwah lain dari Aktivis Krim Johor ( AKJ ) iaitu akhi Hanif,akhi Izwan,akhi Aiman(mereka sedang menunggu result SPM ) dan akhi Soem - artis KRIM Johor(merupakan pelajar kolej Komuniti Segamat ).
Keadaan terkini :
1.Yang masih di hospital ialah akhi Hanif dan akhi Soem yang masih di Hospital Batu Pahat....Hanif di wad 7 ( no katil 20 ) dan akhi Soem di wad 7 ( no katil 9 ).
Malam tadi kedua-dua mereka ditemani oleh ibu mereka.Malam tadi akhi Hanif jam 11 malam ada cal ana melalui ibunya yang ingin bercakap pd ana dan mengadu kesakitan slpas ubat bius tamat.Akhi Hanif menjalani pembedahan petang semalam bagi membuang jari kelengkeng ( jari kaki yang paling kecil ).kecederaan lain akhi hanif ialah 3 jari lain uratnya terputus dan mati ( tidak dapat berfungsi ).Hanya ibu jarinya yang ok.
2.Untuk akhi Soem petang smlm berkesempatan berjumpa dr yang merawatnya..tulung rusuk no 5 n 6 nya patah dan ada kesan lebam pada paru-parunya dan tulang dibelakang telinga kanannya retak yang menyebabkan ada pendarahan di telinganya.Alhamdulillah ana gembira dapat berbual dengannya sebelum balik ptg smlm.Dia tanya sorang2 sahabat yang lain.Baru2 ini dalam TOT 4 -dia bersyukur dapat joint KRIM dan dapat adik2 krn dia tidak ada adik.Dia juga sebut dapat terima ana sebagai ayahnya ( rupa2 nya dia ada ayah tiri )
3.Dr Yazid dan akhi Izwan di rawat di Hospital Muar krn ambulan yang datang dari daerah Muar.hanya akhi yazid ditahan d wad kerana retak di tapak tangan dan siku kanan.Dia juga ada mengalami luka.Untuk akhi Izwan hanya mendapat rawatan pesakit luar dan dia agak trauma.
Perkongsian pengalaman dari kemalangan ini:
1.Ana berada dalam lingkungan 120 KM di belakang kenderaan Unser yang terbabit di KM 115 berhampiran Yong Peng, selepas mendapat call dari Izwan.Kebetulan ( Allah susun ) untuk kali ini ana tak bawa anak2 buah kerana ana membawa keluarga ke Kobanna ini.Ana tak dapat teruskan pemanduan dan zaujah ana terus ambil tugas memandu.Ana terus main peranan menyebarkan makluman melalui HP dan akhi tahir dah terlepas dari lokasi dan terpaksa patah bailk dan memberi pertolongan di lokasi sehingga jam 2 pagi di hospital batu pahat.Ada juga ikhwah johor yang dah terlepas.
2.Ana sempat sampai di lokasi dan yang tinggal adalah akhi aiman yang sedang untuk dinaikkan ke ambulan.Ana terus meluru ke ambulan dan sempat menemani / naik ambulan ke hospital Batu Pahat.Di lokasi ada akhi tahir,akhi ahmadi dan ust zakir serta 4 orang ikhwah JIM yang baru balik dr KL.
Alhamdulillah di Hospital Batu Pahat - ikhwah 2 kita ramai dan sempat berinteraksi dengan keluarga2 yang terbabit dengan kemalangan.
Ana difahamkan sehingga jam 4 pagi hari kejadian ada ikhwah kita di hospital dan 2 kereta lagi dari Jb datang ziarah.
3.Semalam 31 jan 2010 - ramai ikhwah yang menziarahi selain rombongan aktivis krim sekitar 10 orang.Kami sempat membacakan Yasin dan berdoa di kedua2 wad.Ana difahamkan Ustaz Mad dan ikhwah Melaka ada datang ziarah serta Ust fauzi pada sebelah petang.Di hospital Muar pada malam kejadian ada ikhwah Jim Cikgu Abdullah,akhi Anuar dan Dr Halim turut membantu.Akhi Anuar membawa ikhwah2 kita tidur di rumahnya.Akhi Cikgu Zul berada di Hospital Batu pahat sehingga jam 4 pagi.
4.Ana setuju cadangan akhi Khalil penggerak KRIM Kedah untuk semua KRIM 2 cawangan lancarkan dana sumbangan untuk sama-sama merasai keperitan sebagai tanda prihatin kita.Doakan yang terbaik untuk KRIM johor, dapat teruskan perancangan dan melaksanakna plan tindakan kami.

4 komen

  1. Cikgu Hardi Says:
  2. Askum,

    Ana, cikgu hardi mewakili KRIM SAK mangucapkan salam takziah dan mendoakan kesembuhan yang segera kepada ikhwah penggerak krim dan pembina yg terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga Allah swt menguatkan keimanan dan ketaqwaan antum menghadapi dugaan ini.

     
  3. Salam
    Ana Budi mewakili KRIM P pinang mengucapkan takziah kepada semua yg terlibat. semoga apa yang berlaku ini akan menambah kekuatan utk terus beramal...kepada adik2 yg terlibat, ALLAH SAYANGKAN ANTUM....

     
  4. Unknown Says:
  5. assalamualaikum wbt ikhwah..
    ..semoga lekas pulih dan sembuh..insyaALlah kami akan sentiasa doakan kesejahteraan antum..

    yusri
    krim dhl

     
  6. gUgUgAgA Says:
  7. aswt wbt,

    moga ALLAH SWT senantiasa bersama antum semua. amin ya rabbal alamin

    iQ
    stage manager, KOBANNA

     

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor