KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

Remaja, Bantulah Diri Sendiri

oleh KELAB REMAJA ISMA Saturday, February 19, 2011


Apabila ingin berjaya, sesungguhnya tidak ada orang lain yang akan membantu kita melainkan diri kita sendiri. Begitu juga dengan gelojak nafsu yang ada dalam diri. Sekiranya bukan anda yang mengawal nafsu liar tersebut, maka anda akan menjadi hamba kepada nafsu. Kuncinya, bantu diri sendiri!


Untuk berjaya dalam dunia ini, dalam bidang apa sekalipun, kita tidak boleh bergantun harap kepada orang lain kerana percayalah bahawa orang lain tidak mampu untuk membantu kita melainkan dengan kehendak diri kita sendir dan dengan pertolongan daripada ALLAH.


Baiklah. Saya menulis tentang diri sendiri di sini. Maka, fokusnya adalah : Diri Sendiri.


Mungkin saja anda akan berkata, tanpa guru kita tidak akan berjaya. Ya, betul. Tetapi walaupun sehebat mana pun guru kita, jika tidak diri sendiri yang tidak ingin berjaya. Maka si guru yang hebat tadi tidak boleh membuat kita menjadi seorang yang berguna. Malah sebaliknya. Sekali lagi, kuncinya ada dalam diri kita.


Hidup Ini Adalah Membantu Diri Sendiri


Kadang kala, orang lain hanya akan ketawa bila gagal dan akan kecewa bila kita berjaya. Jangan kata tidak. Ini adalah realiti pada sifat manusia di zaman sekarang ini. Hanya segelintir manusia sahaja yang sanggup merasa sedih bersama kita apabila kita gagal dan ikut gembira apabila kita berjaya.


Sila hulurkan tangan anda kepada anda.


Maka kuatkanlah azam dan semangat untuk merealisasikan apa yang anda inginkan di dalam hidup. Bantulah diri sendiri dengan berpegang teguh pada prinsip hidup yang optimis. InshaAllah, ALLAH akan memandang usaha tersebut dan dengan izin ALLAH, kita akan berjaya dan cemerlang di dalam hidup.


Hidup ini juga jangan terus dibuai dengan kejayaan indah orang lain. Kejayaan orang lain bukan milik anda. Maka, biarlah kita sendiri yang menjadikan angan-angan kita untuk berjaya menjadi kenyataan. Jadikan kejayaan orang lain itu sebagai pendorong semangat untuk menjadi seperti apa yang anda inginkan. Apa yang penting, dalam setiap apa yang anda lakukan.. Lakukanlah dengan semampu habis anda! Sehingga sampai satu tahap, ALLAH sendiri yang akan membuat anda berhenti dari melakukan apa yang diluar kemampuan anda.


Remaja Adalah Pewaris Masa Depan


Remaja adalah pewaris kepada generasi yang akan datang. Andaikata remaja hari ini dapat menunjukkan ciri-ciri remaja yang cemerlang, maka cemerlanglah juga generasinya di masa hadapan.


Mendalam maksudnya.


Untuk mencipta kejayaan bukan sedikit pengorbanan yang perlu dipertaruhkan. Kadang kala, kita sudah berusaha sebaik mungkin, namun natijahnya bukan seperti apa yang kita inginkan. Dalam keadaan sebegini, kita harus sedar dan percaya.. Bahawa ALLAh telah merancang dan dan akan memberikan yang terbaik dalam hidup kita, apa yang penting, jangan berputus asa.


Remaja, Bersabarlah.


Usia remaja adalah usia dimana segala keseronokan ingin dicuba dan dirasai. Ramai remaja yang berjaya dalam pelukan Ilahi, tidak kurang ramai remaja yang jauh dari sentuhan Ilahi. Semuanya, kerana gagal untuk mengenali fitrah yang ada dalam diri sendiri.


Justeru, sebagai remaja, seharusnya kita lebih berjiwa besar untuk melalui liku-liku kehidupan ini dengan penuh kesabaran dan kecekalan hati dimana pendamping kita adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Jadilah remaja yang berfikiran positif dalam menghadapi segala ujian dan dugaan.


Dan apabila melihat sesuatu yang buruk, hendaklah segera menghindarinya supaya diri terhindar dari keburukan dan kejahatan. Segala kelakuan dan perbuatan hendakah menjurus kepada ketaatan dan keimanan kepada ALLAh. Kerana, ketenangan jiwa dan kedamaian fikiran itu datangnya dari DIA.


Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAh. Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAh itu hati menjadi tenang.

[Ar Ra'd : 28]

Sesungguhnya orang-orang ang beriman dan mengerjakan perbuatan yang baik, nanti ALLAH yang Maha Pemurah akan mencetuskan di hatinya perasaab kasih sayang.

[Maryam : 96]


Peringatan untuk diri sendiri. Wallahu’alam.


Semoga ALLAh merahmati.

sumber

TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor