Menyedari bahawa remaja hari ini adalah bakal pemimpin negara pada masa akan datang, menjadi matlamat utama KRIM untuk membangunkan potensi yang ada pada mereka dengan aspirasi pembangunan insan seperti yang telah digariskan oleh Islam.
KRIM juga meyakini bahawa hanya dengan pendidikan dan pembentukan seimbang dari sudut jasad, akal dan ruh sahaja yang mampu membawa para remaja ke landasan yang betul. Perancangan masa depan seawal usia remaja adalah amat penting dalam menerapkan hala tuju yang kita harap‐harapkan ini.
Dengan kefahaman dan aspirasi inilah KRIM dan PEMBINA Johor, tampil menganjurkan program SEMINAR KERJAYA 2011 untuk memberi peluang kepada para remaja untuk memahami dan meneliti bidang‐bidang kerjaya dan memupuk para remaja bercita‐cita tinggi berpandukan sebuah matlamat hidup yang jelas. Di samping itu program ini diharap dapat membuka ruang pengenalan dan merapatkan ukhuwah Islamiah di kalangan peserta.
Objektif Program :
1. Memperkenalkan beberapa bidang kerjaya, prospektif dan sumbangan kepada masyarakat
2. Membentuk minat dan cita-cita remaja untuk berusaha ke arah sesuatu yang menyumbang kepada masyarakat
3. Berkongsi pengalaman antara peserta dan fasilitator untuk memberikan gambaran hala tuju kerjaya
4. Memperkenalkan KRIM dan PEMBINA
Tentatif Program :
0830 – 0900 Ketibaan guru-guru dan para pelajar
0845 – 0900 Ketibaan Tetamu Khas
0900 – 0930 Majlis perasmian
- Bacaan doa
- Kata-kata aluan pengarah program
- Ucapan & Perasmian oleh VIP
0930 – 1030 Slot 1 : Matlamat Hidup, Kerjaya dan Anda
1030 – 1100 Minum pagi
1100 – 1200 Slot 2 : Forum ”Dari Bangku Sekolah ke Alam Kerjaya”
1245 – 1400 Makan Tengahari
- Solat Zohor
1400 – 1600 Pameran Kerjaya
1600 – 1645 Sesi Penutup dan penyampaian sijil
- Sesi Fotografi
- Bersurai
Program Seminar Kerjaya 2011 akan membawakan beberapa pengisian seperti perkongsian tentang matlamat hidup, forum berkenaan transisi dari bangku sekolah ke alam kerjaya serta pameran yang memaparkan beberapa bidang kerjaya seperti:
- Senibina (Arkitek, tenaga pengajar, Pemeliharaan Senibina warisan dll)
- Perubatan (Doktor, Optometris, Ahli Nutrisi dll)
- Perguruan
- Sains + Teknologi (IT, kimia, fizik, matematik dll)
- Kejuruteraan ( elektrik, kimia, mekanikal dll)
- Ekonomi+ Perakaunan (perniagaan dll)
Semua perkara tertakluk kepada sebarang perubahan*.
Seminar ini terbuka untuk pelajar tingkatan 3 ke atas serta lepasan SPM/STPM.
Kami boleh dihubungi melalui:
Siti Khatijah Salleh 013-7976181
Khairiah Bt Othman 013-7065567
Muhammad Rusydi bin Muhammad Razif 013-7319762
Mohd Faiz Lee 0137466021
TEMPAT TERHAD kepada 100 peserta sahaja !!!!!
Salam,
insyaAllah seminar kerjaya ditunda kepada 19hb Jun, Ahad.