KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

Seminar Kerjaya 2011 ditunda ke tarikh 19 JUN 2011

oleh KELAB REMAJA ISMA Wednesday, May 18, 2011 0 komen


Dengan ini dimaklumkan bahawa

SEMINAR KERJAYA 2011

ditunda ke tarikh

19 JUN 2011 (Ahad)

di

SMK Taman Desa Skudai

Kita Jumpa Di Sanaaa...!!!


Kem Pengukuhan Solat SDARY Meriah!!

oleh KELAB REMAJA ISMA Sunday, May 15, 2011 1 komen




Johor Bahru – 15 Mei. Bertempat di Dewan Terbuka SMK Datuk Abdul Rahman Yassin (SDARY), KRIM Johor telah bersama-sama dengan pihak SDARY untuk menjayakan Kem Pengukuhan Solat 2011 yang telah dianjurkan oleh pihak SDARY.


Kem yang memfokuskan kepada pengukuhan solat telah berjaya menarik minat lebih 88 pelajar termasuk lelaki dan perempuan. Kem dimulakan dengan aktiviti Ice Breking dengan pelajar yang dilaksanakan oleh Crew KRIM Johor iaitu, Saudara Ahmad Naqiuddin B Mohd Tahir dan dibantu oleh Saudara Ahmad Fauzi dari Matrikulasi Tangkak Johor.


Selepas aktiviti Ice Breking, program diteruskan dengan sesi forum yang bertajuk “Solat Membentuk Peribadi Mulia”. Sesi forum yang berlangsung secara santai dan mesra ini telah mendapat sambutan dan feedback yang hangat dari para pelajar. Pelbagai perkara yang dibincangkan dengan baik oleh para panelis yang terdiri daripada Saudari Siti Asmaliza Bt Basuni dan Saudari Aisyah Bt Rahban. Sesi forum ini telah dipengerusikan oleh Saudari Siti Khatijah Bt Salleh


Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, program diteruskan kepada Bengkel Wudhu dan Praktikal yang dipimpin oleh pihak jawatankuasa yang terdiri daripada ustaz dan ustazah sekolah. Pada waktu petang, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan telah dilaksanakan oleh crew KRIM Johor. Tajuk LDK tersebut ialah “Solat & Kita” dimana pelajar dikehendaki melakukan pelbagai aktiviti mengikut kreativiti masing-masing samada lakonan, pantun, koir dan lain-lain asal saja tidak lari dari tajuk.


Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan Hajah Mardhiah Bt Jaafar dan upacara penyampaian hadiah untuk pelajar dilaksanakan. Semoga ukhwah yang dibina dapat diperpanjangkan dengan adik2...




Program Pengukuhan Solat SMK Datuk Abdul Rahman Yassin

oleh KELAB REMAJA ISMA Wednesday, May 11, 2011 0 komen






Kami..
Crew KRIM Johor akan berada di SMK Datuk Abdul Rahman Yassin pada :-

Tarikh : 14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 530 petang
Tempat : Dewan terbuka, Sek Men Dato' Abd Rahman Yassin, Tampoi, Johor

Semperna

Program Pengukuhan Solat SMK Datuk Abdul Rahman Yassin


Jalinan ukhwah yang di bina atas nama Allah, tidak mengharap apa-apa balasan ketika memberi, tetapi sebagai satu wadah atau jalan untuk kita bersama-sama berduka dan berceria bersama. Semoga ukhwah yang dibina membawa kebaikan untuk semua.


Keputusan permohonan ke IPTA hari ini

oleh KELAB REMAJA ISMA Thursday, May 5, 2011 0 komen




Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline 03-88835858, helpline 03-88835848 dan juga ditalian am 03-88835801/5802.

Menurutnya, calon-calon juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.

"Calon boleh mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.

Sumber : Kosmo


TV KRIM JOHOR

    Fan Page KRIM Johor